Header Ads

ads header

Flash News

600 murid diuji lepas isteri ahli politik dijangkiti Covid-19


Para ahli politik yang pulang dari Sabah telah mencetuskan 'kekecohan' di Pulau Pinang dan Melaka.

Sekitar 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga di Pulau Pinang perlu menjalani ujian swab untuk Covid-19 dan diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian.

Ini selepas seorang guru wanita disahkan dijangkiti wabak itu.


Menurut laporan Bernama, difahamkan guru wanita berusia 40-an itu merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika PRN baru-baru ini.

Laporan itu juga menyebut, guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di hospital di Kedah.

Selepas guru itu diuji positif, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPNPP) menutup SK Permatang Janggus selama lapan hari.

"Sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia," kata Pengarah JPNPP Abdul Rashid Abdul Samad.

Dalam perkembangan lain, bangunan pentadbiran kerajaan Melaka, Komplek Seri Negeri ditutup selepas seorang Adun disahkan positif Covid-19.

Adun tersebut yang juga berkempen di Sabah telah hadir ke kompleks kerajaan negeri selepas tempoh kuarantin tiga harinya berakhir dua hari lalu.

Bagaimanapun, Harian Metro memetik sumber berkata, Jabatan Kesihatan Melaka terpaksa menjemput Adun berkenaan di kediamannya selepas mendapati hasil ujian berkenaan positif, malam tadi.

"Semalam Adun berkenaan mengunjungi Seri Negeri, termasuk minum di kafetaria kompleks berkenaan.

"Atas arahan pihak berkuasa, kompleks itu ditutup serta-merta dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dipanggil untuk melakukan sanitasi dan nyahkuman di keseluruhan komplek berkenaan," katanya.

MR :  Kalau buat PRU-15 aku rasa jadi macam Indonasia tak terkawal  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan