Header Ads

ads header

Flash News

659 kes baru, 83 di ICU


Terdapat 659 kes baru dilaporkan setakat jam 12:00 tengah hari ini, maklum Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 31,548 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,051 kes," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mencatat kes sembuh tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,000 kes.

Sehingga kini, katanya terdapat 83 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 19 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, tiga negeri tidak melaporkan kes baru iaitu Johor, Melaka dan Perlis.

Tiada kematian dan tiada pertambahan kluster baru hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

"Jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster," jelasnya lagi.

Daripada 659 kes baru pada hari ini, KKM memaklumkan terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh yang melibatkan bukan warganegara.

Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 529 kes

  • 205 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 121 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 54 kes

  • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 14 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 25 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 12 kes

  • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 11 kes

  • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: Sembilan (9) kes

  • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI); dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: Enam (6) kes

  • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes

  • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Pulau Pinang: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan