Header Ads

ads header

Flash News

660 kes baru Covid-19, empat lagi kematian


Sebanyak 660 kes baru Covid-19 dicatatkan, termasuk empat lagi kematian yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata, Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 443 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (76 kes), Kedah (60), Pulau Pinang (23), Labuan (18), Perak (16) Johor (10), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9), Negeri Sembilan (2) dan Pahang (1).

Dr Noor Hisham berkata, enam kluster baru dikesan iaitu empat di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang.

"Sehingga 13 Oktober pukul 12:00 tengah hari, 660 kes baru telah dilaporkan hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,880 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya.

Pada sidang media itu, ketua pengarah kesihatan turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19.

Dr Noor Hisham juga berkata jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini adalah 101 kes dengan 32 yang memerlukan ventilator.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 350

Jumlah kumulatif discaj: 11,372 (67.4%)

Jumlah kes baru: 660

Jumlah kumulatif: 16,880

Jumlah kes aktif: 5,345

Kes tempatan: 658 (618 warga negara, 40 bukan warga negara)

Kes import: 2 (2 bukan warga negara)

Jumlah kematian: 4

Jumlah kumulatif kematian: 163 (1.0%)

Jumlah kes di ICU: 101

Pesakit intubated: 32

MR :  Bila rakyat makin selesa dan lalai -- kawalan makin longgar  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: