Header Ads

ads header

Flash News

Abim kecam jika ada PRU sekarang


Sikap bertanggungjawab pemimpin politik yang enggan meletakkan calon mereka di pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi perlu diteruskan secara konsisten agar tiada pilihan raya umum (PRU) mengejut diadakan ketika ini, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata keputusan parti politik memberi laluan kepada parti penyandang untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Batu Sapi dibuat kerana menyedari kesan besar yang akan berlaku ke atas rakyat jika pertandingan diadakan di situ.

"Namun, rasa kebertanggungjawaban ini harus diteruskan secara konsisten dengan memastikan tidak ada sebarang pilihan raya umum mengejut diadakan agar keselamatan dan kebajikan rakyat akan sentiasa dipertahankan.

Sepatutnya mana-mana pihak yang menginginkan pilihan raya umum mengejut ini mengotakan janji mereka mengutamakan rakyat serta tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa akibat dari kegagalan mereka menguruskan politik dengan baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abim berkata demikian sebagai mengulas gesaan Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, yang menyarankan agar parlimen dibubarkan bagi membuka jalan diadakan PRU ke-15.

Kata Annuar kemelut semasa politik boleh diatasi dengan adanya PRU.

Untuk rekod kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin Yassin ketika ini dilihat begitu rapuh kerana presiden Bersatu itu dianggap sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti di parlimen.

Kali terakhir PRU diadakan adalah pada 9 Mei 2018 dan penggal semasa sepatutnya berakhir kira-kira dua setengah tahun lagi. Bagaimanapun biasanya kerajaan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen lebih awal.

Tidak seperti kebanyakan negara demokrasi lain di dunia, kerajaan Malaysia memiliki kelebihan setiap kali PRU diadakan kerana tarikh pembubaran parlimen hanya dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh pernah membuat gesaan sama pada Mac lalu iaitu kira-kira dua minggu selepas dia dilantik menyertai kabinet Muhyiddin. 

Muhammad Faisal berkata ketika rakyat bersama pejuang barisan hadapan bersusah payah memerangi penularan wabak Covid-19, gesaan agar diadakan PRU mengejut adalah tidak bertanggungjawab.

"Peningkatan mendadak jumlah kes serta kluster baru ekoran pilihan raya negeri (PRN) di Sabah baru-baru ini cukup menggambarkan bagaimana kesan buruk yang menimpa rakyat dan ia hanya menyebabkan timbulnya sentimen kebencian orang ramai terhadap pemimpin politik," katanya.

MR :  Rakyat akan terima kaibatnya selepas PRU. Ambil pengajaran di Sabah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan