Header Ads

ads header

Flash News

Adun Kota Damansara dan keluarga pula positif Covid-19


PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor bersama isteri dan 2 anaknya positif Covid-19.

Shatiri berkata demikian menerusi rakaman video dimuat naik di Facebooknya.

Katanya, beliau dan 7 lagi individu dari pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 27 Oktober lalu.

“Kami diarah kuarantin di rumah sehingga 11 Oktober. Pada 30 Oktober isteri saya menerima panggilan daripada pejabat kesihatan telah disahkan Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

“Oleh kerana kontak rapat, saya telah dipanggil ke pusat daerah pada 2 Oktober dan membuat saringan semula.

“Hari ini, saya menerima panggilan doktor kesihatan Petaling bahawa saya positif Covid 19 dan 2 anak saya positif,” katanya.

Shatiri berkata, beliau dan 2 anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, 3 lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin di rumah hingga 16 Oktober ini.

Beliau berkata, walaupun disahkan positif Covid-19, pusat khidmat DUN Kota Damansara beroperasi seperti biasa dan akan diuruskan oleh pekerjanya yang tidak ke Sabah.

#Sumber :  FMT  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Itu lah. Madey ada peduli sama awak? Mukhriz patut quarantin seumur hidup, kurang satu manusia bermasalah.

    BalasPadam
  2. Barua rba tak ulas pulak mcm dalam artikel menteri agama positif

    BalasPadam