Header Ads

ads header

Flash News

Adun PAS Sabah lantik pegawai khas beragama Kristian


KOTA KINABALU:
Adun PAS Sabah, Aliakbar Gulasan mengumumkan pelantikan pegawai khasnya yang beragama Kristian, Herman Obi, ditugaskan untuk menjaga hubungan antara kaum di negeri itu.

Beliau berkata pelantikan Herman diyakini dapat memperkukuh lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

“Ia sekali gus membuktikan kesungguhan PAS Sabah membela kebajikan rakyat, merentasi kaum dan fahaman agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Herman, 24, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sabah dan telah menjadi ahli DHPP sejak 2016.

Terdahulu, pelantikan Aliakbar sebagai Adun dilantik oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat tentangan dari pelbagai pihak terutama pembangkang di Sabah.

Baru-baru ini juga, Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, dan Presiden PBS, Maximus Ongkili menegaskan pendirian masing-masing bahawa PAS tidak harus dilibatkan dalam persediaan GRS di Dewan Undangan Negeri dan pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, mereka menggesa rakyat bekerjasama dengan Ketua Menteri Hajiji Noor tentang keputusan melantik Aliakbar itu.

#Sumber :  FMT  

MR :  Satu pendekatan yang bijak  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. DAPIGS Dan WARISAN P UNAH H arapan TERKELU LIDAH

    BalasPadam
  2. Yeahh..sokong lantikan politik!

    BalasPadam