Header Ads

ads header

Flash News

Agong berkenan terima menghadap PM untuk mesyuarat pra-kabinet


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik bersama kenyataan itu, empat keping gambar menunjukkan Muhyiddin mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Seri Paduka.

#Sumber :  - Bernama

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..pertemuan dgn SPBYDA diharap turut membincangkan bg menyelesaikan kemelut politik negara yg dilakukan oleh mereka2 yg tamak dan gila kuasa

    BalasPadam
  2. Mana boleh bincang politik..ni pra kabinet

    BalasPadam