Header Ads

Header ADS

Agong minta ahli politik bermuhasabah, elak negara kembali ke kancah politik tak menentu


PETALING JAYA:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah supaya negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu ketika semua masih berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihatnya kepada ahli Parlimen semasa istiadat perasmian pembukaan penggal ke-3 Parlimen ke-14 pada Mei lalu, untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Baginda menegaskan ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, mengambil keberkatan Jumaat, Sultan Abdullah menyeru semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat agar penularan wabak Covid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.

Titah Sultan Abdullah ini berikutan penguatkuasaaan semula perintah kawalan pergerakan bersyarat di seluruh Sabah sehingga 26 Okt dan Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 27 Okt serta kewujudan beberapa kluster baharu di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan.

“Lantaran itu, Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara,” katanya.

#Sumber : FMT   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Terima kasih tuanku. Tolong tampar sikit kononnya wakil2 rakyat yang gila kuasa tak berpedoman ni. Sampai masa nanti rakyat akan humban mereka dalam lubang pru. Tampar banyak pun takpe.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas nasihat Tuanku.. cuma sebahagian besar rakyat nak bertanya dan penjelasan kenapa Tuanku tak bertitah begini semasa langkah Sheraton berlaku? ini juga berlaku ketika pandemik covid19 sedang menggila.. sepatutnya Tuanku boleh menasihati pemimpin2 parti politik duduk berbincang demi mengekalkan mandat rakyat dalam PRU14.. kalaulah Langkah Sheraton berlaku kerana jelas PH kehilangan sokongan majoriti MP hamba percaya sekarang ini perkara sama sedang berlaku terhadap Muhyidin..kalau dulu Tuanku memanggil ahli parlimen utk memberi pengakuan tetapi agak menghairankan dalam kes Muhyidin pihak Tuanku seolah2 mempertahankan PN.. melengahkan masa.. memberi masa dan menggunakan alasan demi kesejahtreraan rakyat sebagai modal mempertahankan Muhyidin dan PN sedangkan sebahagian besar rakyat nampak jelas kerajaan PN ini berdiri atas dasar pengkhianatan.. perlu juga pihak Istana bermuhasabah diri dalam memahami erti demokrasi berparlimen.. pihak yg mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen seharusnya tidak dinafikan hak mereka dalam membentuk kerajaan.. kalau begitu apalah erti pilihanraya di Malaysia jika segala2nya boleh ditentukan dan dikawal oleh majlis raja2 dan Tuanku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ada bertitah, awak je puak kerala tak dengar dan buat tak dengar. Tolong balik kerala dan angkut cucu madey sekali.

      Padam
    2. Memang diakui Tuanku ada bertitah demikian.. tapi bila nak duduk berbincang perlukan MASA dan byk perkara perlu diputuskan... MASA ini yg tidak diberikan oleh Tuanku ketika itu dan diberikan kepada Muhyidin ketika ini.. sehingga selepas Muhyidin dah dilantik jadi PM dan Mahathir nak mengadap semula utk mempersembahkan jumlah sokongannya selepas duduk berbincang tapi pihak Istana taknak layan.. so tidak mustahil kali juga nasihat2 dari Istana akan dipandang sepi oleh mereka.. bagi mereka Istana sudah jelas dan nampak tidak neutral..

      Padam
    3. Laa, Tuanku bagi penjelasan panjang lebar ketika hari pertama bersidang, kamu tak dengar ke? Ke bodoh sangat tak faham bahasa.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.