Header Ads

ads header

Flash News

Agong sekali lagi tampil corak pemerintahan bijaksana, cekap kata wakil pelajar


SHAH ALAM -
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menampilkan corak pemerintahan yang bijaksana dan cekap apabila akan berunding dengan Raja-raja Melayu sebelum membuat sebarang keputusan.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli berkata, ia boleh dilihat apabila Seri Paduka Baginda tidak terburu-buru membuat keputusan untuk menerima dan melaksanakan syor yang dipersembahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung krisis menangani pandemik koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Sebaliknya, beliau berkata, Seri Paduka Baginda berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-raja Melayu dalam masa terdekat yang disifatkan sebagai langkah jitu.

“Dalam membuat sebarang keputusan yang kritikal pada saat-saat getir sebegini, amatlah wajar untuk kita kembali menghidupkan amalan musyawarah kerana inilah semangat demokrasi Malaysia.

Tiada pemusatan kuasa pada satu sosok atau entiti sahaja tetapi turut melibatkan rundingan dan perwakilan setiap pihak yang perlu dititikberatkan dalam urusan pentadbiran negara.

“Seluruh rakyat wajar diberikan peluang untuk menyuarakan pendirian dan bukannya sekadar menerima keputusan pemerintah secara membuta tuli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, darurat bukan keperluan utama kerana wabak Covid-19 dapat ditangani melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurutnya, rakyat memerlukan kerajaan yang tidak cuai, tegas tanpa sikap berat sebelah dan berani bersemuka dengan rakyat.

“Sekali lagi, PKPIM mengajak seluruh rakyat untuk kekal bertenang. Berikanlah masa kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu menjalankan urusan Seri Paduka Baginda selaras dengan lunas Perlembagaan dan undang-undang,” katanya.

#Sumber : SH 

MR :  Agong mempunyai penasihat yang baik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Diharapkan majlis raja2 dapat mengambil keputusan yg adil dan saksama.. sebahagian rakyat masih khuatir kerana raja2 juga insan yg tak terlepas dari sifat menyebelah pihak2 tertentu.. kita boleh lihat bagaimana Mahathir mengecam sultan johor.. dan kita boleh lihat ada sebilangan sultan yg semangat melayunya juga tinggi.. Ini mungkin menyebabkan keputusan majlis raja2 akan dilihat berpihak sekiranya masih menngekalkan PN sebagai pemerintah.. mengekalkan Muhyidin tidak nampak masalah.. tapi barisan kabinet hendaklah diambil dari kalangan mereka2 yg mempunyai pengaruh besar dalam semua MP kerajaan dan pembangkang yg mempunyai kerusi parlimen.. barulah kerajaan darurat dilihat adil dan memberikan kesaksamaan buat pati2 politik dan juga rakyat sementara menunggu keadaan selamat utk PRU15..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu keputusan, mana boleh nak puaskan hati semua pihak. Terima aje lah keputusan mrk. Mereka ni nak bermesyuarah. Kan bermesyuarah tu tuntutan agama Islam. Disitu ada keberkatannya. Kita semua kena ikut cara Islam ajarkan. Kau ni kalau beri Komen, sempat juga nak berprasangka Buruk kat orang lain. Berlapang dada sikit. Kau ni sebenarnya ikut geng sape? Semacam je bunyinya, meroyan hilang kuasa ke?

      Padam