Header Ads

ads header

Flash News

Anwar bergerak dari ruang angka yang rapuh


KUALA LUMPUR
: Keadaan politik negara mutakhir ini termasuk terbaharu gerak langkah Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah dipengaruhi oleh kedudukan majoriti rapuh yang dimiliki kerajaan.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, dengan jumlah kerusi masing-masing dimiliki oleh parti politik, angka yang ada masih berkemungkinan untuk berlaku perubahan.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) mengulas demikian pada Wacana Sinar Harian mengupas tajuk ‘Kesan Gerak Politik Anwar Kepada Kerajaan Muhyiddin’, kelmarin.

Apatah lagi ketika ini menurutnya, terdapat tiga blok politik iaitu Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan blok ketiga diwakili PEJUANG dengan lima kerusi serta MUDA satu kerusi juga WARISAN lapan kerusi.

Demikian itu ujarnya, ruang berlakunya perubahan untuk membentuk kerajaan itu sentiasa ada berikutan angka yang rapuh tersebut, namun percaya terdapat 113 dengan 109 kerusi tidak berubah sejak Februari lalu.

Mengulas langkah politik diambil Anwar, beliau mengutarakan sikap ahli politik yang sentiasa mempunyai keinginan tertinggi di mana Presiden PKR itu pernah di jawatan hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Kemungkinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada perancangan apa yang ingin dilaksanakan sebagai Perdana Menteri. Cuma tinggal lagi, kadang-kadang jawatan ini ada kalanya ditakdirkan seseorang itu tidak berharap kepada jawatan tersebut, tiba-tiba beliau memperolehi, sesetengah itu mengharapkan sesuatu, tetapi dia tidak datang.

So, kadang-kadang ini juga penting sebenarnya. Contohnya siapa sangka pada bulan Februari hari itu, Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. Asalnya dia tidak ada, pertarungannya antara Dato’ Seri Anwar dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Lalu, secara in between itu berlakulah di mana Tan Sri Muhyiddin berada di situ. Bermakna berada dalam gelanggang Perdana Menteri, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri,” kupasnya.

Perkembangan politik sedemikian juga menurutnya, lantaran setelah beberapa kali sejak di bawah Barisan Nasional sebelumnya, majoriti dimiliki semakin kurang dan berkurang hinggalah ketika ini dengan perbezaan dua kerusi.

Oleh itu katanya, ia mungkin dilihat sebagai masa terbaik oleh Dato’ Seri Anwar untuk ke depan disebabkan angka itu selain Pakatan Harapan mempunyai 109 kerusi sebelum ini.

#Sumber :   Harakahdaily 
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Dekat Negara maju,pensyarah U takda kisah pun pasal politik Negara.mereka lebih focus kpd qualities U,pembelajaran Dan keberhasilan pelajar.tapi di malaysia,byk Sgt profesor kangkung.ngajor tak berapa.tapi dok sibuk pasal politik.sudah2 lah.toksah lah Jadi barua politik.jadi pengajar yg berkualiti,cara ngajor yg lebih menarik Dan Bukan chalk n talk.

    BalasPadam
  2. Negara lain abis piliharaya,fokus kepada pembangunan Negara.tapi malaysia tak abis2..
    Nak kuasa punya pasal,dok meroyan mcm2 tapi habuk.ckp psl rasuah,agama Dan pembangunan tapi ke laut.pastu timbul pula profesor kangkung,cakap macam bagus tapi tapi sekadar cakap jer.macamlah diri tu hebat Sgt.inilah mentaliti kita,kalau ada PhD tu Kira hebatlah.sudah2lah.

    BalasPadam
  3. Prof2 ni memang pakar dalam bidang yg berkaitan dgn perlembagaaan,dan undang2.Nasihat dan analisis mereka dipakai olih pihak istana dan kerajaan yg memerintah.Kesahihan sesuatu bukan hanya milik ahli politik sahaja.

    BalasPadam
  4. NIKMATNYA POLITIK ISLAM KERANA MENGGAPAI PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS PIMPINANNYA AMANAH TAKWA DAN TAKUTKAN ALLAH..ADIL TERBUKA ATAS KRITIKAN SERTA TEGAS PENDIRIAN DAN BERSEDIA MEMIKULNYA DUNIA DAN AKHIRAT

    BalasPadam