Header Ads

ads header

Flash News

Anwar wajar undur dari politik negara - Ahmad Amzad


KUALA LUMPUR :
Tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar diterjemahkan sebagai politik matang dan sihat, kata Timbalan Menteri Sains, Tenaga dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.

Ini kerana, menurutnya, banyak gerakan Presiden PKR itu kelihatan keterlaluan dan seperti tidak lagi relevan.

Beliau mendakwa, tindakan Anwar pada Selasa jelas memperlihatkan "siri pembohongan yang tanpa segan silu" di atas kegagalan mengemukakan senarai nama yang menyokongnya, seperti di war-warkan sebelum ini.

"Saya harap Anwar akur dengan nasihat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah kegagalan beliau yang memalukan itu.

"Rakyat melihat dengan jelas beliau berbohong apabila dalam sidang media beliau mendakwa telah menyerahkan butiran lengkap sokongan yang diperolehi seperti akuan bersumpah Ahli Parlimen (MP) dan parti-parti yang terlibat.

"Sedangkan, sejurus kemudian, Istana Negara memaklumkan cuma dimaklumkan angka tanpa sebarang senarai MP atau bukti berkaitan," katanya kepada Astro AWANI malam tadi.

Justeru, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu mendakwa, Anwar tidak lagi wajar berada dalam arus politik tanah air yang memerlukan politik matang dan sihat untuk memacu pembangunan negara selain memastikan kesejahteraan rakyat.

"Saya fikir beliau telah mengecewakan seluruh penyokong dia sendiri, negara sementelah lagi. Beliau akan menjadi semakin tidak relevan oleh peristiwa ini.

"Mungkin sudah tiba ketikanya beliau memikirkan untuk mengundurkan diri," katanya.

Naib Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu itu juga berkata, negara ketika ini memerlukan tokoh politik yang kompeten, berkarisma serta mengutamakan kepentingan negara dan rakyat pada masa hadapan.
 
"Bukannya kepentingan diri atau dogma politik kepalsuan yang tiada berpenghujung," tambahnya.
Maruah negara, kata Ahmad Amzad, tidak perlu digadaikan oleh ahli politik yang seolah-olah sudah hilang rasa malu.

#Sumber :  Astro  

MR :  Anwar, Mahathir dan Najib jika berundur drp politik, rasanya baik untuk Malaysia 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan