Header Ads

Header ADS

Apa nak hairan 'fatwa' dari ilham bekas ahli PAS, Geng AMANAH pun bekas ahli PAS juga


Kini timbul mengenai ada bekas ahli PAS (sebenar ramai lagi ahli lain) yang beriktikad, setiap yg diilhamkan-Nya kpd makhluk ciptaanNya itu punya kadar yg ditetapkan-Nya dan diri ini yang diciptakan-Nya diberi pilihan oleh-Nya pada makna merancang sedangkan yang menentukan apa yg berlaku itu ketentuanNya pada makna "dengan izin-Nya".

Hari ini Malaysiakini cuba kaitan dengan PAS secara halus,

Penjelas Mufti Wilayah Persekutuan 4 tahun lalu

Berkenaan dengan ilham ini Mufti Wilayah Persekuatan 4 tahun lalu iaitu 22 Mac 2016 (sila ruju di sini) telah menjelaskan iaitu kita perlu tahu apa sebenarnya ilham. Mungkin suatu ilham itu baik, dan mungkin juga suatu ilham itu tidak baik, dan mungkin suatu lintasan hati itu bukan ilham pun. Firman Allah Taala:

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Maksudnya: Serta (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.

(Surah al-Syams, 91:8)

Berkata Imam Abu Jaafar al-Tabari: “Maka Allah menjelaskan kepada jiwa itu apa yang patut dibuat dan apa yang diwaspadakan daripada jenis perbuatan baik, atau keburukan atau ketaatan, atau kemaksiatan.”

Firman Allah SWT:
وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ
Maksudnya: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

(Surah al-Balad, 90:10)

Imam Ibn Katsir menyebut: Ibn Mas`ud mengertikan al-Najdain sebagai kebaikan dan kejahatan. Inilah yang diriwayatkan daripada Ali, Ibn Abbas, Mujahid, Ikrimah, Abi Wa’il, Abi Soleh, Muhammad bin Ka`ab, al-Dhahhak, dan Ata` al-Khurasani.”

Ini bererti bahawa sekadar sangkaan suatu itu sebagai ilham sahaja tidak mencukupi, sebaliknya perlu dikembalikan dan ditilik sangkaan ilham itu berdasarkan asas Syariah; al-Quran dan al-Sunnah. Ilham yang bertepatan dengan kehendak kedua-dua asas inilah yang diterima dan boleh diamalkan.

Penjelasan PAS Pahang

PAS Pahang dalam satu kenyataan mengesahkan semua ajaran yang disebarkan bekas pemimpin PAS itu bukan daripada silibus program diketengahkan parti. Malah bekas calon wanita itu telah keluar ahli dan AJK Muslimat PAS Kuantan sebelum ajaran fahaman ini dianuti.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar (gambar), berkata parti itu mempunyai silibus sendiri yang disusun Dewan Ulama dan Lajnah Tarbiah PAS.

“PAS tidak pernah mengiktiraf pendekatan ajaran individu terbabit sebagai modul sistem tarbiah.

"Dia juga tidak pernah membawa pendekatan ajarannya dalam organisasi PAS.

“Selama ni dia bergerak menyebarkan pendekatan ajarannya secara individu, bukan melalui jawatannya dalam PAS dan juga bukan sebagai sebahagian daripada program parti kerana dia telah meletakkan semua jawatannya dalam PAS pada awal 2019 lalu.

Bekas Ahli PAS m,enjadi Syiah

Sebelum ini pun Malaysiakini menyiarkan isu Mat Sabu Solat dengan sujud atas batu. Tindakan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menunaikan solat berjemaah di Iran memperlihatkan sikap tidak peka terhadap umat Islam negara ini yang mengamalkan mazhab Ahli Sunnah Waljamaah, kata pensyarah ilmu hadis dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaime Ramlee.

Beliau berkata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin tidak sepatutnya mempertahankan rakannya daripada parti Amanah itu.

"Kita berbicara tentang sikap menteri yang tidak peka terhadap sensitiviti sebahagian rakyat Ahlussunnah wal Jamaah dalam negara ini.

“YB selalu mengulas tentang ‘respect’ YB kepada orang lain. Saya ingin ingatkan kepada YB, jangan lupa tanya diri sendiri;

“Aku ini siapa yang respect? Kerana saya takut YB jadi bahan ketawa rakyat jelata,” tulisnya pada hantaran di Facebooknya hari ini.


Ini sebahagian bekas ahli PAS, malah bekas calon PAS. Mereka mengikut ajaran syiah.

NASIR RAMLEE

MR :  Mereka nak kaitan PAS dengan ajaran sesat... patutnya mereka semak fahama pimpinan AMANAH (bekas ahli PAS) 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. boleh check dalam youtube bagaimana pendirian presiden PAS begitu mengangkat Syiah sebagai salah satu aliran Islam.. dan pernah berucap yg golongan syiah dan khawarij juga akan diterima masuk dalam PAS kerana mereka sebahagian dari Islam.. soalnya kenapa Hadi Wang tak disemak fahamannya? Kenapa hanya perlu Mat Sabu dan Hanipa saja... ni bukan masalah nak kaitkan individu ini dgn mana2 parti politik.. tapi kenyataannya memang individu diberitakan ini pernah bersama PAS.. dan sya juga mengharapkan MatSabu, Hanipa, Hadi Awang, Muhyidin, Jemin, Anwar Ibrahim, Mahathir , Raja2 dan sultan2 juga disemak fahaman Islamnya oleh badan2 Islam yg adil dan diakui dan dimaklumkan pada orang ramai.. ini pasti akan membantu rakyat memilih pemimpin dgn lebih baik.. tak payahlah nak kata semak mamat ni dulu sebelum semak mamat ni.. ni perangai budak2.. kalau betul2 ada aduan terus siasat tak kira siapa.. Islam sifatnya begitu jika mereka memahami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Guru Haji Hadi Awang bukannya Syiah. Kau ni stupid betul.

      Padam
    2. tidak faham isu pemberita artikel ini

      Padam
    3. Juka TGHH bukan syiah tetapi memahami syiah sangat mendalam bukan macam sesetengah orang letak syiah satu bakul, macam orang tak faham isreal dengan yahudi

      Padam
    4. JUKA, sian dia. Komen panjang panjang ko kata dia STUPID.

      Padam
  2. Jika penyokong PH berhujah,bodoh itu nampak.Tak payah nak fitnah TGHH kalu kamu penganut DAP. Kalu benci sangat kepada puak-puak lebai, masa kamu mati nanti panggil puak DAp uruskan jenazah kamu, jangan duk cari geng lebai. masa hayat benci geng lebai,masa mati cibuk nak cari puak lebai.Kalu bodoh sila ngaji,takyah sombong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebai kampung aku sokong PH.
      Dia lg anti puak penunggang agama ni.

      Padam
    2. test test 1 2 3 over(tengah check akaun aku ni), any body over there please answer over,
      aku agak penin hari ni

      Padam
  3. "Kalau saya jd tuhan...", kata salah sorang pemimpin PH...macai² PH diam tak komen...bukan setakat tunggang agama, tuhan pun dia tunggang..mmg tunggang langgang ugama dorang ni.

    BalasPadam
  4. So hudud sm ruu355 apa citer?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.