Header Ads

ads header

Flash News

Benarkah Najib jadi 'kunci' kemaraan Anwar, DAP?


TANDA TANYA apa langkah yang akan dilakukan Barisan Nasional (BN) dalam situasi politik semasa pasti menjadi antara topik utama perbualan rakyat di alam nyata mahupun netizen di dunia maya.

Bilangan 41 kerusi milik BN jangan sesekali dinafikan kekuatannya boleh menentukan jatuh atau kekalnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Perjumpaan Ahli Parlimen BN yang berlangsung pada petang Isnin seolah-olah tidak membawa mesej jelas dan sehingga kini tiada sebarang keputusan muktamad yang diperolehi mereka.

Dilaporkan, bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, mesyuarat itu medan untuk mereka yang hadir memberikan pandangan selain tiada keputusan dicapai sama ada Muhyiddin perlu membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dapat diadakan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, beberapa sumber yang menghubungi penulis dan berada di dalam mesyuarat itu memberitahu, rata-rata tergamam apabila Najib membuat permintaan untuk BN mula bekerjasama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikatakan juga, Najib memberikan alasan keseimbangan jawatan yang tidak begitu jelas diperincikan kepada kalangan Ahli Parlimen BN sendiri.

Difahamkan juga, cadangan Najib itu dikatakan tidak masuk akal dan jika benar-benar berlaku, ia sekali gus membuka pintu seluasnya untuk UMNO bekerjasama dengan Anwar dan menerima DAP sebagai kerajaan.

Beza Ideologi

Tentu cadangan itu menerima pelbagai tanda tanya dan pasti BN terutama UMNO tidak mahu bekerjasama dengan DAP yang berbeza jauh dari segi ideologi, perjuangan, matlamat serta hala tuju masing-masing dalam politik dan kepentingan kepada rakyat.

Ia pasti menjadi titik mula kecelaruan dan menambah sejarah percakaran dua parti yang diibarat tidak boleh bersama sejak berzaman seperti pepatah anjing dengan kucing.

Cadangan Najib itu juga menjadikan mesyuarat 'tergendala' seketika. Bagaimana tidak, ia benar-benar di luar logik akal yang dikeluarkan sendiri daripada seorang bekas pemimpin nombor satu parti Melayu paling lama di negara ini.


Dalam pada itu, sumber memberitahu, wajah tenang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepanjang lebih tiga jam mesyuarat itu jelas terpancar kerana jelas daripada kenyataan Presiden UMNO itu sebelum ini yang sudah menoktahkan sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

Keputusan Ahmad Zahid itu juga sudah dimeterai dari kata sepakat yang diperoleh atas sebulat suara Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.

Walaupun rakyat tahu, Ahmad Zahid sendiri berhadapan dengan pelbagai kes mahkamah, beliau dilihat lebih mementingkan keputusan serta pandangan semua pihak sebelum membuat apa juga keputusan yang boleh mempengaruhi atau mencetus persepsi masyarakat serta ahli UMNO sendiri.

Beberapa cadangan untuk memperkukuh parti ditimbulkan sepanjang mesyuarat berlangsung, ada juga yang memanaskan situasi termasuk pandangan Najib itu, namun Ahmad Zahid tetap tenang mendengar setiap patah kata-kata yang keluar daripada Najib kerana sebagai nakhoda, paling penting pada saat ini adalah merealisasikan hasrat melihat masa depan BN dan UMNO menyinar di hati rakyat seperti yang pernah dikecapi parti itu satu masa dahulu.

Pada saat pandemik COVID-19 masih di tahap menakutkan, angka yang tinggi setiap hari serta trauma rakyat untuk bebas ke sana ke sini, sebarang keputusan yang akan diambil UMNO selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa sekarang pasti akan mencetuskan perubahan.
Pasti, dalam situasi sekarang, drama politik sebenarnya belum lagi berakhir dan apa sahaja langkah yang akan dilakukan Muhyiddin - sama ada meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat akan didorong oleh keputusan yang diambil BN dan UMNO selepas ini. Itu faktanya.

Namun, harapan rakyat tetap perlu diutamakan, walau apa hasilnya kelak perlu sejajar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang mahu negara diselamatkan dari kesan-kesan akibat COVID-19 yang bukan sahaja mencetuskan krisis politik malah kemelut ekonomi dan isu sosial tempatan.

Wan Syamsul Amly
wartawan di Astro AWANI

MR :  Najib nak lepas diri... demi survival politik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


19 ulasan:

  1. Boleh ke percaya lagi kat Bersatu?? UMNO pikirlah sendiri.. walaupun dibuli, diremehkan, UMNO masih sanggup berunding dgn Bersatu demi PN tapi sifat tamak dan gila kuasa Bersatu menggagalkan rundingan itu.. mereka cuba menggagalkan segala permintaan UMNO dgn mengadap YDPA utk mengisytiharkan darurat supaya mereka tak payah dah melayan kerenah UMNO.. jahatnya taktik mereka.. mereka berharap dapat memerintah dgn kuku besi dan dapat terus membuli UMNO dgn lebih bergaya.. tapi akhirnya pertama kali dalam sejarah nasihat PM ditolak oleh YDPA.. sejarah tercipta dan malunya terasa amat.. setelah tidak berjaya barulah geng2 gila kuasa ini gabra dan dgn mudahnya bersandiwara menangis melolong melutut sembah UMNO minta dikasihani dan dibantu.. kalau aku jadi Muhyidin baik aku tinggalkan geng2 Jemin dan Hamzah ni.. lepas tu bermufakat dgn UMNO dan GPS.. lepas tu begabung dgn PKR,Amanah dan Warisan.. tinggalkan DAP kerana DAP pun macam tak sokong sgt dah PKR n Anwar.. tinggalkan Pejuang.. kalau PAS nak ikut boleh jugak tapi kene terima Anwar in the team.. barulah nampak berlapang dada dan gempak.. PM pikir kemudian tapi kalau boleh biar Muhyidin atau Anwar kerana pengalaman mereka sgt2 membantu utk gabungan baru ini terus bersatu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala kalau PH nak sangat MP UMNO seperti MP pekan atau Ku Nan atau Bung Mokhtar ambil je. Golongan perasuah Tak bernilai satu sen pun pada rakyat. Dlm PH tu dah le kes rasuah MP Dan SUP Menteri Ramai yg rasuah tambah lagi dari MP UMNO yg kaki rasuah elok la meramaikan kaki rasuah dlm PH. Aku sokong.

      Padam
    2. SETUJU dgn cadangan supaya semua parti2 berkerjasama tetapi TOLAK DAP anti-Islam

      Padam
    3. Ramai betul cytro bunga bangsat sekarang ni.

      Padam
  2. Elok la KLU ph ambik kaki rasuah bagi ramai lagi lagi bagus buat parti rasuah Najibon jadi ketua

    BalasPadam
    Balasan
    1. ppbm boleh blah. parti perasan bagus yang tunggu masa nak mampos

      Padam
  3. Kepercayaan pd anuar perlu disekat kerana covid yg menyerang negara kini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sebab covid je sampai bila2 pun Tak boleh percaya pada Anwar. Anwar adalah tali barut DAP Dan Anwar mempunyai kepentingan peribadi.

      Padam
  4. Anuar ibrahim terus di kecewakan...,dah berkurun pengikut2nya mengharap, hingga kehari ini terus gagal...anuar bukan dilahir utk jafi pemimpin hebat...,namun jadilah setia pembangkang yg gebat...,itulah bahgian mu didunia ini...l

    BalasPadam
  5. DSAI bekas banduan yang terpalit kes LIWAT...gagal dalam pembelaan diri walaupun mempunyai peguambela2 yang handal...kantoi dengan sampel DNA...lalu hilanglah teori 'KONSPIRASI POLITIK' yang dijajanya selama ini..manusia seperti ini yang UMNO nak bersahabat..jangan menyesal kemudian hari apabila perjuangan UMNO akan dibakul sampaikan oleh DSAI yang berfahaman ISLAM LIBERAL..LGBT dah berkokok macam ayam jantan dengan ekor bergelumang dengan taik...kepada DSN ..berusahalah BERSIHKAN DIRI dengan KES anda sekarang ni...DSAI sePOLITIK dengan DAP X seharusnya dijadikan SAHABAT berpolitik UMNO..

    BalasPadam
  6. Tiada jln penyelesaian di antara parti gabungan semua parti jadi yg pling indah pru15 tp keadaan wabak covid yg menganas menghalang itu berlaku buat masa sekarang alang kah elok nya semua parri berhenti dri berbincang bekaitan sapa yg layak jdi pm dan sapa yg jdi kejaan tunggu masa yg sesuai untuk pru15

    BalasPadam
  7. Pas juga yg trbaik..
    Ape kt kita pilih pm dari pas..ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas hari ini dah leka dgn duniawi...baru berasa dpt jawatan, jadi menteri..,tak mungkin lagi utk berjuang tentang Islam, ceramah mereka utk Islam pun dah tak laku lagi...itu sebab bila dah asyik memburu keduniawi...menuruti nafsu amarrah...

      Padam
  8. Anda tengok ada kah BERSATU Gila Kuasa? Yang Gila Kuasa hendak jadi PM Anuar Ibrahim Teko Besar PKR.Ada kah YSM perintah dg kuku Besi? Saya tengok Ramai Rakyat Malaysia yg menyokong, yg tidak menyokong hanya lah PH menggila meroyan hendak berkuasa. RAKYAT MEMERHATI SIAPA PH AMANAH,PKR,DAP.

    BalasPadam
  9. "Bagaimanapun, BEBERAPA SUMBER yang menghubungi penulis dan berada di dalam mesyuarat itu memberitahu"

    "cadangan Najib itu dikatakan tidak masuk akal dan JIKA benar-benar berlaku"

    Cik Wan, awak tu pemberita Astro Awani. Kalau nak bagi maklumat tu , Cari la yg betul2 sahih. Jgn nak cuba memecahbelahkan kesatuan orang lain krn takutkan kesatuan geng awak tu lumpuh. Awak ni jadi barua sape?

    BalasPadam
  10. Golden touch najib sudah tdk ada lagi...tak mungkin ada lagi yg percayakan najib...

    BalasPadam
  11. Cerita politik paling kartun..tokjib nak berpakat dengan musuh politiknya yang yang kaki kencing dan 24 jam meratib rasuah,pencuri dan penyamun dan lebih teruk dan berbelit belit dari filem tamil bila bang non berusaha nak tebuk atap dan ikut jalan belakang dengan bekerjasama dengan pimpinan umno yang di dendang perasuah siang malam.Bagi rakyat yang waras pasti dapat melihat sandiwara badut badut yang membuatkan rakyat bosan

    BalasPadam
  12. Kami memberikan pinjaman dari kisaran $ 1.000 hingga $ 10.000.000,00 USD. Pinjaman kami diasuransikan dengan baik untuk keamanan maksimum.
    * Apakah Anda membutuhkan pinjaman pribadi atau bisnis untuk berbagai keperluan?
    * Apakah Anda mencari pinjaman untuk melaksanakan proyek besar?
    Jika Anda memiliki masalah di atas, kami dapat membantu Anda tetapi saya ingin Anda memahami bahwa kami memberikan pinjaman dengan tingkat bunga 4%.
    * Pinjam apa pun hingga $ 10.000.000,00 USD.
    * Pilih antara 1 hingga 30 tahun untuk membayar kembali.
    * Pilih antara Paket pembayaran Bulanan dan Tahunan.
    * Ketentuan Pinjaman Fleksibel.
    Anda dapat menghubungi kami sekarang! Email: Americanloan.us@Aol.com

    BalasPadam