Header Ads

Header ADS

Berhenti berbalah, petugas letih lawan Covid-19, kata Dr Noor Hisham


KUALA LUMPUR, 24 Okt —
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan usaha menentang Covid-19 perlu dilakukan secara bersama.

Ketua pengarah kesihatan berkata virus pembunuh tidak terhapus jika masyarakat terus berbalah dan melupakan peristiwa lalu.

“Kita perlu bersatu dan bersama-sama bertarung melawan Covid-19 bukan berbalah sesama sendiri,” coretnya di Twitter pagi ini.

10 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam dengan 710 kes penularan baharu.

Malaysia kini sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 selepas kes baharu terus mencatatkan pertambahan tiga angka.

Perkembangan terbaru ini membuatkan kerajaan dilaporkan dalam usaha memohon darurat dapat diisytiharkan.

Dr Noor Hisham berkata rakyat perlu belajar bagaimana Covid-19 cepat tersebar selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, barisan hadapan kini berada dalam keadaan letih selepas bertugas sejak sepuluh bulan lalu.

“Barisan hadapan kita bertahan di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24 jam sehari.

“Mental dan fizikal dalam keadaan letih. Sesetengah daripada mereka bersiap untuk berundur diri. Belajarlah daripada PRN Sabah,” katanya lagi.

#Sumber :  MMail

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Rakyat bukan suka berbalah tapi bila wujud ketidakadilan maka rakyat akan protes.. KKM dilihat cekap menangani krisis covid19 ini.. tapi ada keadaan2 tertentu yg menyebabkan kerajaan ini diprotes.. contohnya bagaimana Khairudin boleh terlepas dgn hukuman cuma 1K sedangkan ada sebilangan rakyat yg didenda hingga 8K dan dipenjara.. dimanakah keadilan undang2 itu? Kenapa rakyat mudah menjadi mangsa sedangkan mereka juga perlu keluar rumah utk menguruskan hal2 penting buat diri mereka.. kita lihat bagaimana pula Shabery boleh ketawa dan tergelak ketika negara berhadapan dn kematian saban hari akibat covid19... kita juga lihat bagaimana Muhyidin juga cuba berjenaka hendak menggunakan rotan bagi mengawal covid19 ini sedangkan rakyat tahu kenaikan kes gelombang kedua dan ketiga ini adalah berpunca dari kelalaian dan kelemahan kerajaan PN .. adakah wajah2 ini perlu ada lagi dalam kerajan darurat? Kalau mereka tiada pun ramai lagi pemimpin yg layak dan setaraf utk mengambil tempat mereka dan kehilangan mereka pasti tidak dirasai.. KKM juga perlu menegur mereka secara tegas dan terbuka agar KKM dilihat tegas oleh rakyat.. barulah perjuangan KKM lebih bermakna.. KKM juga perlu menyarankan agar menteri Kesihatan diadakan buat sementara waktu dinegeri Sabah bagi mengetuai cabaran covid19 yg begitu teruk.. perlu diingat semua saranan perlu dibuat secara terbuka supaya rakyat tahu yg KKM buat kerja..

    BalasPadam
  2. Hanya KMM yang bekerja di Malaysia. TSMY dan kementerian lain dengan 70 orang menteri tidak melakukan apa-apa pun untuk melepaskan malaysia dari belengu ekonomi yang statik. Apa perubahan yang telah dibawa oleh semua kementerian? Kerana ini rakyat marah dan tidak berpuas hati.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.