Header Ads

ads header

Flash News

Bila ada gencatan, bermakna sebelum ini ada usaha UMNO nak jatuhkan PN kata Anthony Loke


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan "gencatan politik" semalam bagi mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara tidak langsung mengakui bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin, kata seorang pemimpin DAP.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa "gencatan politik" Umno itu adalah pendamaian sementara bagi membantu usaha yang dilakukan oleh kerajaan PN untuk membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kelembapan ekonomi.

"Gencatan politik merujuk kepada “pendamaian sementara” dua pihak yang bertentangan dalam politik khususnya di antara pihak dalam kerajaan dengan pihak yang berada dalam pembangkang.

"Yang peliknya, presiden Umno yang partinya berada dalam kerajaan PN mengumumkan “gencatan politik”. Secara tidak langsung, beliau mengakui bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan PN.

“Cuma sekarang kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat, mereka berdamai sementara," kata Loke dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Zahid mengumumkan bahawa parti itu menyokong kerajaan PN untuk memerangi penularan wabak Covid-19.

Kata ahli parlimen Bagan Datoh itu, Umno memutuskan untuk mengarahkan kepimpinan parti dalam kabinet menumpukan usaha bagi menjayakan agenda membantu rakyat berdepan kesukaran akibat Covid-19.

Bagaimanapun menurutnya, kerjasama semua parti dalam PN harus diperkasakan demi kestabilan politik.

Sementara itu, Loke berkata bahawa pengumuman "gencatan politik" oleh Zahid bukan sesuatu yang baru.

"Sebenarnya saya telah pun mengemukakan pandangan berkenaan “gencatan politik” seawal bulan Ogos yang lalu, sebelum pun Pilihanraya Negeri Sabah diadakan.

"Saya berpandangan semua parti perlu berlapang dada dan bersedia untuk duduk di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

"Pemimpin politik mesti bersedia untuk provide leadership.

"Mesej yang jelas mesti disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu tidak ada pilihanraya umum sehingga tempoh Parlimen ke-14 berakhir, fokus seluruh tenaga untuk memerangi wabak Covid-19 dan merancakkan semula ekonomi," katanya lagi.

MR :  Logiknya betul 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. tu dia dap sudah mula main politik kotor ala cucuk jarum, cucuk sana cucuk sini, jangan ada mana2 tercucuk jarum atau termakan jarum dia, ahli politik mesti kena bijak

    BalasPadam
  2. DALAM POLITIK SENTIASA ADA PEPERANGAN LA BODOOOO..NAK BODOHKAN MELAYU DAP NGAN PH BOLEHLAH.JIKA UMNO/BN RUNTUHKAN YIDIN SEKALIPON,ADAKAH KAMU FIKIR UMNO/BN BERSAMA ANWAR,APATAH LAGI PKR(ANWAR) SEKUTU KUAT DAP,IBARAT US N ISRAEL.TAK AKAN SEKALI UMNO BERSAMA KAMU PARTI2 KOMUNIS,LIBERAL,.UMNO/BN LEBIH RELA ADAKAN PRU 15 DARI WAKTU SAKA TUA TU LETAK JAWATAN LAGI,.
    SEKARANG MENGAMBIL PANDANGAN UTAMAKAN RAKYAT HADAPI WABAH COV19 SERTA NASIHAT YDPA,MAKA UMNO/BN SETUJU PENDAM HASRAT BUBARKAN PARLIMEN.INGAT BAIK2,ATAS NASIHAT YDPA PERTAHANKAN KERAJAAN PN HINGGA HABIS PENGGAL SAHAJA ATAW SELEPAS WABAH INI HILANG MAKA BOLEH DI ADAKAN PRU 15 SEPERTI UMNO/BN MAHUKAN.

    BalasPadam