Header Ads

ads header

Flash News

Buang pemimpin UMNO yang sokong pembangkang kata Ku Li


KUALA LUMPUR:
Mana-mana ahli UMNO yang mendahulukan kepentingan parti politik lain, boleh dikenakan tindakan displin, termasuk dibuang parti, tegas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tindakan itu juga boleh dikenakan terhadap pimpinan tertinggi parti, sekiranya benar ada di kalangan mereka yang mengambil pendekatan sedemikian.

“Bagi saya, sebagaimana yang disuarakan oleh ramai ahli-ahli UMNO di peringkat bawah, sikap yang ditunjuk oleh pimpinan UMNO itu seolah-olah dia tidak hormati perjuangan UMNO.

“Nak mendahulukan pimpinan parti lain. Mengapa begitu? Jadi kalau inilah sikap mereka sebenar, mereka patut diambil tindakan, sampai boleh dibuang daripada parti kalau tidak memperjuangkan kepentingan parti,” katanya ketika ditemui.

Tengku Razaleigh berkata, adalah tidak wajar untuk mendahulukan kepentingan pihak lawan, khususnya Pakatan Harapan, sedangkan UMNO selama ini tegas tidak bersetuju dengan dasar mereka.
Beliau berkata, pada masa kini, terpulang kepada ahli parti yang mempunyai kesedaran untuk menegur pimpinan UMNO, terutamanya dalam kembali kepada landasan perjuangan sebenar.

“Apakah pimpinan daripada parti pembangkang, mesti didahulukan, dan disokong oleh kita? (Sedangkan kita tak bersetuju dengan dasar-dasar dia.

“Ini terpulang kepada mereka mempunyai sikap yang kuat memperjuangkan perjuangan parti itu sendiri. Kalau mereka fikir kita tidak mempunyai haluan, sebagaimana kehendak dan tuntutan parti dan orang Melayu seluruhnya, maka terpulang kepada ahli-ahli yang sedar, untuk bertindak,” katanya lagi.
Dan tindakan itu, ulas beliau lagi, boleh diambil kepada siapa-siapa pun, termasuk pimpinan utama UMNO.

#Sumber :  Astro

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Parti ko ckit lagi nak ditelan Bersatu ko boleh lagi cakap macam ni.. orang semua nampak dalam UMNO dah ade 2-3 kem.. kem Annuar.. kem Zahid.. kem Kuli.. mungkin ko dah lupe Bersatu memang nak pecahkan dan hancurkan UMNO dari awal lagi.. kemasukan geng kartel menguatkan lagi azam mereka utk membunuh UMNO.. bagi rakyat majoriti melayu diorang tak kisah kalau UMNO atau Bersatu berkubur.. yg paling penting melayu yg mereka suka tetap memerintah.. tak percaya cuba kau letak Tok Mat jadi PM esok.. aku percaya lusa melayu dah mula lupakan Muhyidin.. berpuluh tahun berjuang dalam UMNO tapi rela bekerjasama dgn parti politik yg jelas2 nak menguburkan korang.. ade lebih baik saranan Kuli ni ditolak ketepi.. byk lagi cara yg boleh ko pikir utk terus kekalkan UMNO tu.. salah satu cara ko boleh berunding dgn pkr, amanah warisan dan gps membentuk kerajaan.. cara ni korang lagi berpeluang nak mengusai kerajaan.. jawatan PM pun harapan cerah korang boleh dapat... DAP pun takde..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keling balik kerala dan angkut cucu madey sekali.

      Padam
  2. Pemimpin Keling sembang dia asal usul tanah melayu. Melayu yg asal usul india.

    BalasPadam
  3. Ini satu faktor kenapa anuar tak boleh jadi PM...
    Makin tipislah anuar utk jadi PM...

    BalasPadam
  4. Tajuk minda rakyat tapi petik sumber merata ceruk.

    BalasPadam