Header Ads

Header ADS

Bunuh suami demi dapatkan aset lebih RM2 juta


KAJANG:
Seorang wanita tergamak bersekongkol dengan adiknya, membunuh suaminya untuk mendapatkan harta, dianggarkan berjumlah lebih RM2 juta.

Dalam usaha melindungi perbuatan jenayah itu, wanita berusia 45 tahun itu sanggup mendakwa suaminya yang buta itu disamun ketika berada di hadapan rumah mereka di Kampung Baru Sungai Chua di sini, pada 1 Oktober lalu.

Namun, helah dua beradik itu terbongkar selepas ditahan polis pada Sabtu lalu, sebelum direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan dibuat suspek, kononnya suaminya disamun penjenayah yang melarikan rantai leher mangsa di hadapan rumah mereka.

"Dalam kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.

"Siasatan awal mendapati suspek merancang pembunuhan mangsa dengan berkomplot bersama adik lelakinya berusia 42 tahun untuk mendapatkan harta mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, adik beradik itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majisret Kajang esok atas kesalahan merancang dan membunuh mangsa untuk mendapatkan harta.

"Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya.

Difahamkan suspek mahu mendapatkan harta suaminya yang juga pengusaha perniagaan lori serta besi buruk membabitkan aliran tunai lebih RM2 juta dan insurans kematian mangsa berjumlah RM800,000.

#Sumber : BH 
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.