Header Ads

ads header

Flash News

Dalam keadaan UMNO-BERSATU sedang konflik, sempat Annuar ziarah Muhyiddin


Setiausaha Agung BN Annuar Musa dilihat hadir ke rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini.

Ia berlaku selepas perhatian umum tertumpu kepada Umno dan Bersatu selepas Biro Politik Umno mengumumkan mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Annuar bagaimanapun berkata itu hanya lawatan biasa kerana mereka sebenarnya berjiran.

“Tiada ada, perjumpaan biasa.

“Kita kan jiran,” katanya selepas keluar dari perkarangan rumah Muhyiddin jam 6.11 petang tadi.




Sekitar jam 5.30 petang tadi, kereta anggota parlimen Ketereh sudah kelihatan di situ.

Pada jam 5.52 petang pula, muncul kereta lain yang mempunyai tulisan “Istana Negara” dalam tulisan Jawi di atas nombor pendaftarannya.

Sementara itu, ditanya sama ada perjumpaan dengan Muhyiddin mempunyai kaitan dengan kemelut politik Umno-Bersatu, Annuar menafikannya.

“Tiada, saya saja (yang ada di rumah Muhyiddin),” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang kesihatan perdana menteri, Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata:

“Alhamdullilah, sihat.”

MR :  Teringat Mat Said (Pengerusi UMNO Terengganu) berada rumah Ustaz Harun Taib (Masa tu beliau Persurujaya PAS Terengganu). Bila ditanya Mat Said, dia kata datang nak beli kambing. Sila rujuk di sini  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Berita macam ni, boleh dijadikan cerita sensasi oleh puak2 rba dapigs utk memecahbelahkan kesatuan ummah.

    BalasPadam