Header Ads

ads header

Flash News

DAP perlu jelaskan kenapa PRN Sabah diadakan, kata Najib


PETALING JAYA:
Najib Razak berkata, DAP perlu melihat tindakan sendiri dan Warisan yang diketuai Shafie Apdal, sebelum menyalahkan beliau serta Umno menyebabkan Pilihan Raya Negeri diadakan dan krisis Covid-19 berlaku.

Bekas perdana menteri itu berkata, Adun daripada Umno Sabah ketika itu, Musa Aman, yang mengetuai sekumpulan wakil rakyat menentang kepimpinan Warisan, tidak pernah mahu PRN diadakan kerana beliau tahu bahaya pandemik itu.

“Malah, beliau cuba menghalang PRN sebanyak 3 kali di mahkamah. Malangnya, beliau gagal dalam 3 percubaan itu sehingga ke Mahkamah Persekutuan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, kepimpinan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah menyokong penuh Shafie yang juga presiden Warisan untuk mengadakan PRN.

Katanya, DAP juga gagal menjelaskan punca utama PRN diadakan “kerana Shafie berkata beliau rela mati daripada menyerahkan kuasa kepada orang yang beliau curi pada awalnya, walaupun diberitahu lonjakan kes Covid-19 di Sabah sudah berlaku”.

“DAP juga patut menunjukkan Shafie memberi jaminan kepada rakyat Sabah yang Covid-19 akan terkawal ketika pilihan raya mengejut dan risikonya rendah.

“Tolong tunjukkan juga rekod menunjukkan saya turut membantah gesaan Shafie mengadakan PRN mengejut pada 30 Julai, ketika PH memberi sokongan penuh denga memuji ‘keberanian Shafie’.”

Katanya, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP yang membantah arahan kuarantin 14 hari terhadap mereka yang kembali dari Sabah, berkata peraturan itu bertentangan demokrasi dan bertujuan menghalang pengundi mengundi.

Kenyataan Najib menyusul artikel di laman web DAP semalam, berdasarkan kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang, yang mendakwa Najib cuba menyalahkan PPBM dan mengabaikan peranan Umno dalam gelombang ke-3 Covid-19.

Menurut artikel itu, cubaan Musa untuk menggulingkan Shafie yang menyebabkan PRN diadakan dan seorang pemimpin Umno didakwa menjadi punca sebuah pasar ditutup selepas beliau dijangkiti Covid-19.

Najib berkata, “DAP perlu beritahu kisah sebenar apa yang berlaku, bukannya menyalahkan saya atau Umno untuk PRN”.

#Sumber : FMT   
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Dap ni bodoh xbertempat..semua perkara menyalahkan org. Eloklah kamu berkawan dgn Pan yg sama perangai

    BalasPadam
  2. dap tu siapa, bukan dap sehagian dari ph, dulu sebelum prn sabah, ph sabah punyalah desak yang dipertuan negeri sabah mengadakan pru sabah konon nak bukti ph memang mempunyai majoriti, bila dah kalah dan covid pun merebak diluar kawalan, nak menutup pekong sendiri, mula menuduh kerajaan pn punca angkara, parti jenis s........

    BalasPadam
  3. Tak Kan Tak tahu perangai PH. Kalau Tak jahat itu bukan PH nama ya.

    BalasPadam
  4. Pakatan Harapan = Pala Hotak

    BalasPadam