Header Ads

ads header

Flash News

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu


CYBERJAYA –
 Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk cadangan menggantung Parlimen dan mengadakan pentadbiran darurat.

Menurut sumber, Al-Sultan Abdullah akan memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi mendapat nasihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai permintaan kabinet tersebut.

Petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas ke Pahang untuk mengadap baginda di di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Dalam pertemuan lebih dua jam, baginda diberi makluman mengenai permintaan kabinet. Bertentangan dengan maklumat awal Tuanku telah bersetuju dengan pemerintahan darurat selama setahun, sumber istana memaklumkan tiada persetujuan sedemikian diperkenankan.

Pada lewat malam ini, laman Facebook Perikatan Nasional turut memaklumkan mengenai situasi tersebut dengan menyatakan Tuanku belum membuat keputusan mengenai permintaan tersebut.

“Makluman dari Putrajaya memaklumkan Tuanku minta PM pulang ke KL dahulu. Keputusan besar sebegini perlukan proses konsultasi dan pengamatan.”

#Sumber : Suara.TV 

MR : Betul ke maklumat ni?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Alhamdulillah jika belum diperkenankan.. sebahagian besar rakyat memohon agar YDPA yg menjadi pemerintah buat sementara waktu sehingga tiba masa yang sesuai utk PRU15.. rakyat juga memohon agar kabinet yg sedia ada dimansuhkan dan diganti dgn kabinet pelbagai parti yg ada di Malaysia.. ini pasti akan meredakan ketidakpuasan hati dikalangan parti2 politik yg dikhianati dan mengkhianati sebelum ini.. PM pula mesti dipilih daripada MP yg paling byk mendapat sokongan dikalangan keseluruhan MP dan segala keputusan penting kerajaan perlu mendapat perkenan Tuanku.. ini juga akan menambah keadilan kepada kerajaan sementara Tuanku nanti.. suasana menang2 perlu ada dikalangan parti politik dan rakyat bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat.. kerajaan yg ada sekarang jelas mewujudkan double standard undang2 diantara pemerintah dan rakyat.. prinsip demokrasi juga dikhianati walaupun mereka dgn penuh sedar tahu sistem pemerintahan apa yg diamalkan di Malaysia.. mereka inilah yg gila kuasa sebenarnya tapi menyalahkan parti lain dan menggunakan rakyat sebagai alasan kononnya..

    BalasPadam
  2. Patik mengangkat sembahsuka tuanku mengambil alih pemerintahan bersama tentera dan polis.barisan kabinet Dr cendikiawan yg sekian ada.semua mp yg ada kita rehatkan dahulu.ini juga boleh menjadikan satu latihan persiapan kepada negara seandainya dilanda suasana yg perlu darurat.waktu tuanku dan ahli fikir rewrite perlembagaan yg boleh melahirkan rakyat Malaysia yg ada jati diri .tidak lg terkait dgn asal usul negara keturunan .patik pacar hina ampun Tuanku

    BalasPadam