Header Ads

ads header

Flash News

Dulu saya tak percaya, sekarang pun tak percaya kata Mahathir mengenai 120 MP


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.

“Dari awal lagi bila Anwar buat dakwaan kononnya dapat sokongan kukuh, saya tak percaya.

“Dahulu pun dia buat macam tu dah.

“Namun apabila Yang di-Pertuan Agong minta supaya masing-masing menyatakan siapa nak pilih perdana menteri, dia kata dapat sokongan majoriti, tapi tidak ada pun.

“Sekarang ini pun tak pernah juga (ada bukti sokongan),” kata Mahathir yang ketika memimpin kerajaan berjanji menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara dengan Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Pada 23 Sept lalu, Anwar mengumumkan dia mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan pusat.

Susulan itu, pada 13 Okt, ketua pembangkang menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan dokumen sahih yang membuktikan sokongan ahli parlimen kepadanya.

Bagaimanapun, istana dalam satu kenyataan berkata Anwar tidak memberi senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

"Sekarang ini Anwar mungkin nak tengok ada orang nak sokong dia atau tidak.

"Beliau hanya mengulangi dakwaan yang pernah dibuat dahulu tetapi langsung tidak mengemukakan sebarang bukti yang menyokong dakwaannya," katanya.

Sementara itu, Mahathir memberitahu Umno akan menghadapi risiko jatuh sekali lagi jika bertindak tarik diri menyokong Perikatan Nasional (PN).

"Jika berbuat demikian ia boleh merisikokan Umno sendiri untuk jatuh sekali.

"Umno berkemungkinan akan fikir boleh membentuk kerajaan baru bersama Anwar jika mengambil tindakan keluar daripada PN.

"Bukan sahaja PN jatuh, Umno pun jatuh juga," katanya ketika ditanya pengumuman Umno sebelum ini bahawa parti itu mempertimbang untuk tarik diri daripada menyokong PN.

Tambahnya, pakatan antara Anwar dan Umno tidak akan kekal lama jika ada pihak yang menarik diri.

"Apabila ada pakatan antara Anwar dan Umno ini, ada orang yang akan tarik diri, jadi tak capai majoriti juga.

"Mungkin ada deal (perjanjian) kalau saya (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya bagi kamu jadi Menteri dan sebagainya," katanya lagi.

MR : Mahathir lebih kenal Anwar dan dia banyak kali perkena Anwar    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Takde siape pun suruh ko percaya.. dan ape yg keluar dari mulut ko pun kami dah tak percaya.. tapi ada satu yg rakyat majoriti percaya.. kalau benarpun Anwar ada angka 120 tu pasti ko akan gunakan apa saja cara yg ko boleh utk pastikan angka tu tak jadi kenyataan... huhu.. itu memang perangai jahat ko.. dulu ko sembah Anwar utk dapatkan sokongan.. akhirnya Anwar ko kenakan.. sekarang ni ko sembah Kuli.. aku dapat rasakan akhirnya Kuli juga akan ko tendang terajang bila impian ko tercapai.. bukankah dua2 ni musuh ko? Melayu spt kami tak pernah lupa.. kami membesar dizaman Anwar.. mungkin generasi2 baru akan tertipu tapi bukan generasi kami..

    BalasPadam
  2. yer benar tu tun m ni hatinya berwarna hitam semangkin tua semangkin hitam jika adapun dsai tak pikirpun tun m berhati hatilah dengan kata-kata tun m memecah belahkan rakyat saja itulah kerja tun m... sudah sudahlah tun m lebih baik bersara saja dari arina politik sebab dah tak sesuai lagi buat tun m duduk kat rumah cukup waktu gi masjid sholat dan minta ampun kepada allah atas kesalahan lalu insyaallah allah akan ampunkan segala dosa2 lalu Wallahualam

    BalasPadam