Header Ads

ads header

Flash News

Dunia sebenarnya luas. Bukan hanya sekadar Facebook, Twitter dan Instagram semata-mata


Sepanjang tempoh kuarantin gelang merah jambu yang sudah masuk hari ke-4 ni, macam-macam yang saya pelajari. Alhamdulillah, ramai yang tanya khabar, cuba selidik isu sebenar dan mendoakan kebaikan.

Saya dapat panggilan Sahibus Samahah Dr Luqman (Mufti Wilayah), doa dan kiriman salam Syeikh Misyari Rasyid al-Afaasi (ingat lagi beliau kepada saya), rakan-rakan agensi agama jua panggilan telefon YB Menteri baru sebentar tadi.

Beliau sihat dan nampak ceria. Bagi yang belum tahu, beliau dikategorikan asymptomatic (tiada gejala).
Saya doakan moga yang sebar hal yang tak benar, maki hamun, fitnah, sinis, gelakkan YB Menteri, dapat kebaikan dunia dan akhirat. Kalau ikutkan hati, banyak perkara yang nak dijelaskan dan diperbetulkan. Tapi, bagi saya ini adalah tempoh bertenang.

Beliau tak kuarantin? Langgar SOP? Tak pernah pakai mask? Salam semua orang? Tak pernah jaga penjarakan fizikal? Pergi berkempen? Tak apalah. Biarlah yang pernah ikuti program dengan beliau sahajalah yang tahu betapa penatnya cameraman beliau terjerit-jerit minta orang ramai menjaga penjarakan fizikal.

Biarlah mereka sendiri lihat betapa penatnya pengawal keselamatan beliau menasihati dan menegur hadirin yang nak mendekati beliau. Tersebar satu dua keping gambar, nah itulah Menteri Agama bila-bila dan di mana sahaja!

Bagi yang sudah anti beliau, memang inilah bola tanggung yang ditunggu-tunggu. Kerusi Menteri Agama memang kerusi panas. Hadap jelah. Hehe.

YB Menteri orangnya workaholic. Masanya sebahagian besar adalah untuk ummah. Baru tadi beliau sudah arahkan supaya RM20,000 disampaikan kepada Pondok TG Haji Adnan, Kulim, Kedah yang terbakar. Beliau terbaca di Facebook Astro Awani katanya.

Bantuan untuk siswa terkandas masih diteruskan seperti biasa walaupun itu bukanlah kerja utama beliau sepatutnya. Boleh tengok media sosial beliau.

Sejak hari pertama dalam wad, beliau sudah berpesan supaya agihan bantuan diteruskan seperti biasa walaupun beliau tiada. Saya selalu ingat kata-kata beliau, "Nikmat paling besar ana dapat sekarang adalah nikmat memberi..."

Sebab itu ramai terkejut beliau ke sana sini dalam rekod 24 Sept - 4 Okt. Itu baru seminggu. Baru 7 bulan, sudah RM352.9 juta bantuan COVID-19 disampaikan kepada 10 kelompok sasar.
Kalau ada ruang masa kosong, dia akan minta diisikan. Katanya, "Ana nak cari tempat buat pahala untuk akhirat."

Rakyat semuanya boleh semak. Jelas dan telus dilaporkan dalam Kad Laporan Bulanan. Tunggu nanti beliau keluarkan Kad Laporan Mac - Oktober 2020. Setiap sen adalah amanah rakyat; itu prinsipnya.
Sejak Julai, beliau mula beri tumpuan untuk memperkemas dasar hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan terutamanya melibatkan pelaksanaan maqasid syariah. Apa yang baik daripada kerajaan sebelum ini dan sebelumnya, beliau ambil dan perkemaskan.

Beliau amat menghormati, namun kurang gemar dengan tema dan slogan yang pelbagai yang sudah pasti akan bertukar-tukar setiap kali beralihnya tampuk kepimpinan. Apa yang utama, satu dasar yang boleh terus dilaksanakan dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Tafsir dan terjemahan al-Qur'an sudah siap. Insya-Allah melengkapi Tafsir Pimpinan al-Rahman. Lebih kemas dan tersusun. Terjemahan Sahih al-Bukhari pun sudah selesai. Akan dicetak.

Ini semua dalam tempoh 5-6 bulan sahaja. Semua program dilaporkan terus kepada KDYMM YDPA.
Ya, "kelemahan" beliau memang ada. Susah untuk menolak undangan agensi-agensi bawah beliau walaupun nun jauh dari Putrajaya. Biasanya beliau balik hari, jarang-jarang tidur kerana tidak mahu banyak masa dihabiskan untuk satu-satu program.

"Ambe suke kalau 10 program selesai dalam satu masa!" Kalau ada call ibu bapa minta tahnikkan bayi, memang awal-awal sudah ditolak. Namun, hati siapa yang tak terusik bila ibu bapa dari jauh datang tanpa temujanji, menunggu di tengah panas.

Kadang-kadang ada yang tahan kereta beliau semata-mata minta tahnikkan. Itu pun beliau buat seadanya tanpa mengunyah kurma yang disediakan. Biasanya beliau doakan.

Bila saya tanya tentang isu gambar kartun beliau yang dibuat Fahmi Reza, beliau cuma ketawa dan katakan "Tak ape. Insya-Allah, kita doakan yang baik-baik." Kalau kita ditempat beliau, entah bagaimana uruskan kehidupan.

Bila saya teliti semula, saya sedar yang ramai masih bersama beliau termasuk yang menegur sedikit kesilapan beliau. Insya-Allah akan diperbaiki.

Ramai juga para masyaikh dalam dan luar negara yang menghubungi dan bertanyakan khabar. Bukan Muslim, paderi pun ada.

Dunia sebenarnya luas. Bukan hanya sekadar Facebook, Twitter dan Instagram semata-mata. Oh, ya. Beliau pesan jangan tinggal tahajud dan baca al-Qur'an.

Mohamad Razif

MR :  Ramai yang bodoh memahami agama yang mereka anuti  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. alhamdulillah berkesempatan untuk berehat dan bermunajat kpd allah. dan doakan terbaik untuk malaysia. usah risaukan puak2 desparado akan sentiasa meniup api2 kebencian dikalangan rakyat

    BalasPadam
  2. Gambar yang menyebabkan orang Munafik dan kafir terbakar hati mereka.
    Ayuh, kuatkan saf umat Islam. Allah bersama kita.

    BalasPadam