Header Ads

ads header

Flash News

Flashback: Perang Duit antara Mahathir-Anwar dan Kisah Wang Note RM1000 Dan RM500


Maka DSAI dipanggil oleh Tun Mahathir supaya menangani masalah kegawatan masa itu dengan segera. DSAI mencadangkan untuk menggunakan pakej IMF kerana beliau telah dilantik sebagai Presiden IMF bagi Asia Pasifik.

Antara Pakej IMF :

a. Menaikkan kadar asas pinjaman (BLR) hingga 10% bagi bank dan 12% bagi syarikat kewangan.
b. Bank-bank di arah mengurangkan pinjaman (credit sqeeze).
c. Menggurangkan tempoh hutang lapuk (NPL) dari 6 bulan dipendekkan kepada 3 bulan.
d. Menaikkan bayaran minima bulanan kad kredit.
e. BSKL diarah bekukan penyenaraian saham baru, penerbitan saham terbitan hak dan penyusunan semula syarikat.
f. Di sektor kerajaan pemotongan gaji dan elaun para menteri dan pegawai tinggi kerajaan, pembekuan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, pemotongan belanjawan 1998 sebanyak 18% yang bernilai RM12B dan menggantikan projek-projek mega.

Semua langkah kewangan dan fisikal ini secara langsung mengejutkan kepada sektor kerajaan dan swasta yang selama ini boleh dikatakan telah selesa dalam ekonomi yang berkembang purata 8% sejak 10 tahun lalu. Masyarakat peniaga kini terhimpit dua penjuru, sudahlah dikejar bank dan projek kerajaan pula terjejas. Selama 6 bulan ekonomi Malaysia tidak bergerak.

Justifikasi Tun Mahathir ialah jika kerajaan tidak berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja kepada pasaran dalam ekonomi gawat (cara DSAI) sudah tentu syarikat-syarikat besar yang bermasalah ini akan bankrap, beribu-ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan kerajaan akan hilang punca pendapatan dan cukai.

Sebaliknya DSAI berpendapat usaha menyelamat syarikat-syarikat besar menggunakan khazanah negara adalah tidak wajar. Nampaknya DSAI selaku Menteri Kewangan masih kabur tentang falsafah pentadbiran kerajaan Dr. Mahathir yang menggangap pihak swasta adalah rakan kongsi yang strategik dalam memajukan ekonomi negara.

Bagi maksud ini Tun Mahathir menubuhkan Danamodal dan Danaharta khusus bagi membantu pihak swasta menyusun semula modal dan hutang akibat kemelesetan ekonomi.
 
 
Pencanggahan falsafah dan cara pendekatan menyelamatkan ekonomi Negara yang diambil oleh Tun Mahathir dan DSAI ini menimbulkan bibit-bibit pertentangan pendapat antara dua pemimpin ini.
Di masa kegawatan ekonomi ini, Singapura telah melancarkan satu program kewangan yang menawarkan kepada sesiapa sahaja dari negara-negara serantau, orang perseorangan, pihak swasta untuk menyimpan wang dalam instrument kewangan; simpanan tetap (fix deposit) dan kerajaan Singapura akan membayar kadar faedah sebanyak 36%.

Dalam bulan Ogos 1998, BSKL mencatat kejatuhan paling rendah dengan indeks di bawah 300 mata. Nilai saham merosot hampir 80% dan matawang ringgit melebihi paras RM4.00 = USD$1.00.

Akibatnya jumlah syarikat yang bankrap meningkat hampir 300% dari 163 buah kepada 435 buah dan hampir 10 syarikat awam menghadapi masalah besar dengan bank.

Melihat suasana ekonomi yang sudah masuk peringkat “DEPRESSION” dari ‘RECESSION” Tun Mahathir bertindak tegas menubuhkan MTEN (Majis Tindakan Ekonomi Negara) dan Tun Daim sebagai Pengarahnya.

MTEN berfungsi mencari formula bagaimana kaedah yang boleh digunakan pakai untuk keluar dari kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia dan dalam masa yang sama Malaysia tidak sesekali akan meminjam dari IMF.

Segala proposal dari MTEN mesti dihantar ke Kementerian Kewangan dahulu untuk disemak dan baru dibentangkan di Kabinet. Proposal pertama dihantar ke Kementerian Kewangan tetapi tak sampai ke Kabinet. Tun M meminta Tun Daim menghantar proposal kali kedua ke Kementerian Kewangan tetapi masih juga tidak sampai ke Kabinet.

Masa terlalu singkat dan ekonomi Negara perlu diselamatkan. Akhirnya Tun Mahathir bertindak tegas dengan melantik Tun Daim sebagai Menteri penuh dengan tugas-tugas khas supaya proposal di MTEN itu tidak perlu melalui Kementerian Kewangan lagi.

Melalui laporan dan semakan MTEN, duit hampir RM200B telah mengalir keluar ke Singapura melalui bank-bank persisir di Labuan. Duit-duit ini milik orang perseorangan dan syarikat yang mendapat kebenaran dari DSAI untuk menyertai program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura yang menjadi pusat kewangan Asia Pasifik.

Tun Mahathir menemui rakan sejawatnya di Singapura iaitu Goh Chok Tong dan mohon jasa baik utuk melepaskan kembali duit yang hampir RM200B itu ke dalam Malaysia. Respon Singapura sangat negatif kerana ini urusan business dan bukanya faktor simpati.

Dalam masa yang sama Indonesia juga menghantar RM340B ke Singapura untuk menyertai program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura.

Tun Mahathir begitu marah dengan sikap pemimpin Singapura yang tidak bertanggungjawab kerana program kewangan yang ditawarkan itu boleh memiskinkan negara-negara jiran dan Tun Mahathir mula mengatur strategi untuk bertindak melalui nasihat MTEN.

Pada 1 September 1998, Malaysia telah melancarkan sistem kewangan Kawalan Modal dan Penetapan Nilai Ringgit: RM3.80 = USD$1.00. Melalui sistem ini Tun Mahathir begitu berani membuat keputusan keluar dari sistem kewangan dunia. Melalui sistem ini Ringgit tidak boleh diniagakan dan Ringgit tidak laku di pasaran wang antarabangsa sebaliknya hanya laku dan sah di dalam Malaysia sahaja.

Sistem ini adalah untuk memberi pengajaran kepada DSAI dan Singapura. Duit yang hampir RM200B di bank-bank Singapura itu tidak laku dan tidak boleh diniagakan serta tiada nilai sebab sistem kewangan di Malaysia tidak mempraktiskan lagi sistem kewangan apungan (floating exchange).

Sebab itu Tun Mahathir memberi masa sebulan untuk duit-duit itu dibawa balik semula ke Malaysia. Dalam masa sebulan duit yang masuk hanyalah RM38B sahaja dan Tun Mahathir tidak berpuas hati dan bertindak selanjutnya dengan menghapuskan note-note (nilai matawang Ringgit) 1000, 500 dan 20.

Tun Mahathir memberi tempoh tertentu untuk nilai matawang 1000, 500 dan 20 itu dibawa masuk ke Malaysia untuk dibayar nilai yang sama (one to one) dan jika tidak, pemilik wang tersebut tidak akan dibayar dengan nilai yang sama.

Maka pada 2 September 1998, DSAI telah dipecat dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Pada 3 September 1998 pula DSAI di pecat dari menjadi ahli UMNO.

Kesan dari peristiwa ini, Gabenor Bank Negara, Timbalan Gabenor Bank Negara dan Penolong Bank Negara meletakkan jawatan serta merta. Mereka semua adalah penyokong DSAI dan bertujuan untuk menggagalkan sistem ini.

Kegawatan ekonomi dan peranan DSAI memindahkan wang sejumlah hampir RM200B dari Malaysia ke Singapura itu secara rahsia tidak dapat diterima oleh Tun Mahathir dan beliau menggangap DSAI sebagai pengkhianat negara dan hukumannya adalah pemecatannya.

Sistem kawalan modal ini sangat berjaya dan ringgit yang terdapat di negara-negara seluruh dunia dipindahkan kembali ke dalam Malaysia dan jumlahnya melebihi RM200B dan dengan wang inilah dapat menjana kembali ekonomi Negara. Namun baki duit tersebut yang gagal dibawa pulang masih lagi berada di Singapura.

Malang pula bagi Indonesia, setelah bertahun-tahun merayu kepada kerajaan Singapura untuk mendapatkan kembali RM340B itu namun tidak berjaya. Sehinggakan akhirnya ada pemilik-pemilik wang tersebut yang menukar kewarganegaraan mereka menjadi rakyat Singapura kerana wang berjumlah RM340B itu tetap tersimpan dan menjadi milik Singapura. Malang bagi Indonesia, mereka terpaksa pula meminjam dari IMF.

Copy from Ahmad Baharom

MR : Dua-dua prompak wang rakyat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. mana si anuar tak nak lawan ulas ke atau takut nanti seluar sendiri terlondeh

    BalasPadam
  2. Nak menipu pun biar nampak macam betul.. kalau aku jadi kerajaan Singapura bila dapat RM200B tu dan Mahathir tambat ringit hadi 3.80 aku akan tetap tak pulangkan duit tu kat Malaysia sbb aku percaya takkan selamanya Malaysia nak tambat duit dia tang tu.. baik aku simpan.. bukan rugi pun kalau aku simpan walaupun tak boleh nak niaga.. haha.. ni bila Mahathir buat macam tu singapura plak gelabah pulangkan duit kat Malaysia balik pasal duit tak laku.. haha.. kan lawak tu.. lagipun duit tu milik syarikat dan duit persendirian.. sukati diorang la nak melabur kat mane.. kenapa Mahathir sibuk nak kawal plak macam harta dia?? Lainlah kalau harta kerajaan.. kat sini pun penulis jelas diperalatkan utk sengaja mencari salah Anwar. Yg lagi bangang admin Mr boleh kata mereka merompak duit rakyat.. dah sah2 penulis kata itu duit syarikat dan pèrsendirian.. maka tanggapan aku sememangnya benar dari dulu yg Anwar tidak pernah bersalah dalam kes meliwat.. penulis juga menyatakan dgn jelas Anwar dipecat dari jawatan PM dan UMNO kerana sikapnya yg membelakangkan Mahathir ketika berdepan dgn krisis ekonomi.. huhu.. kalau Anwar nampak bersalah maka Mahathir juga lebih bersalah kerana mewujudkan kes palsu utk Anwar supaya dapat membunuh Anwar.. aku rasa Mahathir lagi jahat dalam hal ni kerana sehingga kini sebahagian rakyat masih menuduh Anwar peliwat kerana terhasut dgn tuduhan rekaan Mahathir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbnrnya dia marah anwar sbb xbagi pinjam duit kat Mohzani. tu yg diadakan cerita n dakwaan terpilih dgn pelbagai pertuduhan sbgai trap. yg mana kene, terjerat la anwar dlm penjara. mcm tu la yg jadi pada najib skrg. sbb najib katanya x tlong mukhriz naik.hmmm tu pemimpin yg mmg teruk kene hentam. kalo zahid hamidi plak mmg dri dlu menentang mahathir, skrg trap da kene zahid. yg mne x tahan kene dakwa tu letak jawatan mcm paklah, tan sri ani arope. da lama da malaysia ni raksasa kuku besi

      Padam
  3. Kehilangan wang negara yang paling banyak di era tun mahadhir.selama 22 tahun memerintah malaysia,kaki tangan awam mengeluh kesengsaraan.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Orang bercakap tak hujah memang otaknya dah penuh dengan kencing

      Padam
  5. "Singapura telah melancarkan satu program kewangan... kadar faedah sebanyak 36%".

    Please specify, what is the name of that program? otherwise.... just a utter rubbish!

    BalasPadam
  6. Satu dunia kecam Tun M masa tu, tp akhirnya mereka akui tindakan Tun tak pinjam IMF berjaya pulihkan Malaysia. Semoga Allah merahmati Tun M

    BalasPadam