Header Ads

Header ADS

Guan Eng dimalukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang


Kes saman Dato Seri Panglima Azeez Rahim terhadap Lim Guan Eng berjalan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Plaintif yang diwakili oleh Peguam Dato Seri Jaharbardeen Bin Mohamed Yunoos menyoal Lim Guan Eng di kandang saksi.

Terdapat 18 kenyataan fitnah terhadap plaintif yang dibuat pada 28 Februari 2018 di Komtar, Majlis Tahun Baru Cina dan di dalam hantaran facebooknya.

Menurut Lim, ketika membuat kenyataan Azeez menerima suapan berjumlah RM3 juta sebagai perundingan daripada pemaju terowong dasar laut, dia merujuk kepada laporan MalaysiaKini dan demand letter dari sebuah syarikat guaman.

Tetapi bila disoal adakah dia ada membuat laporan polis atau menyiasat perkara tersebut terlebih dahulu, dia menjawab tidak.

Peguam seterusnya bertanya adakah Lim yakin semasa membuat kenyataan tersebut, Lim menjawab,

"Saya mempercayainya tetapi bukan berdasarkan kebenaran dan fakta. (it is my belief, not based on facts)"

Lim turut gagal menunjukkan dimana kenyataan dalam laporan Malaysiakini plaintif menerima rasuah bila diminta oleh peguam. Dia akui, duit itu diterima secara fizikal oleh Dato Jabar, bukan plaintif.

Lim dilihat cuba mengelak dan memberi kenyataan berpusing pusing bila diminta mengesahkan fitnah beliau terhadap plaintif. Lim mengatakan dia tidak kata Azeez terima rasuah, tetapi "dituduh menerima 3 juta untuk melindungi segala salah laku".

Bila ditanya apakah maksud ayat tersebut, Lim berkata ia adalah ayat yang mudah difahami oleh "layman". Peguam seterusnya menyoal,

"Saya cadangkan, ia membawa maksud plaintif menerima rasuah?" Lim tidak pula bersetuju.

Peguam bertanya,

"Jika plaintif hanya dituduh kononnya menerima rasuah berdasarkan laporan media, kenapa YB mengeluarkan kenyataan DSP perlu ditahan oleh SPRM?"

Lim menjawab kerana rakan Azeez sudah ditahan, kenapa tidak Azeez.

Seterusnya, peguam mencadangkan yang Lim mengatakan SPRM mengamalkan "double standard", Lim menjawab ya.

Tetapi Lim tidak pula bersetuju bila ditanya adakah dia cuba mengatakan Azeez, seorang pemimpin UMNO mempunyai pengaruh terhadap SPRM menyebabkan beliau tidak ditahan.

Secara amnya, Lim tidak mempunyai apa apa bukti plaintif menerima rasuah, ia berdasarkan pemahaman Lim sahaja melalui laporan Malaysiakini. Ini dapat dilihat bila disoal,

"Tanpa bukti, setuju atau tidak YB mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut dengan niat jahat dan character assassination terhadap plaintif?" Lim menjawab tidak setuju.

Lim juga terpinga pinga dan gagal menunjukkan bukti bila diminta oleh peguam mengenai kenyataannya memfitnah "UMNO is a corrupted political party."

Yang lucunya, Lim merujuk kenyataan dia sendiri termasuk laporan index rasuah antarabangsa sebagai bukti UMNO adalah parti rasuah.

"UMNO adalah kerajaan..." kata Lim.

Hakim menolak hujah Lim dan meminta dia tunjukkan bukti didalam dokumen pembelaannya, bukan kenyataan dia sendiri. Lim akhirnya akui dia tiada bukti.

Lim sekali lagi gagal menunjukkan bukti bila diminta merujuk kepada tuduhannya bahawa plaintif ada menerima wang dari Dato Jabar yang menerima wang RM3 juta tersebut secara fizikal.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Macam biasa Lim Guan Eng 😁 TOKONG mesti selalu betul dan bijak.
    Tuduh dahulu...bukti menyusul bila SPRM buat siasatan gagal bukti ada kaitan , point jari TUDUH SPRM DOUBLE STANDARD 😆😆😆 Thats so simple...lihat betapa bijak dan licik LGE "main politik"
    Kita tunggu dan lihat...apa kata LGE selepas ini 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pun semua pemimpin pernah buat.. PAS pun pernah tuduh Amanah.. takde bukti pun.. PKR pernah tuduh UMNO.. takde bukti pun.. Bersatu pernah tuduh DAP.. takde bukti pun.. DAP pernah tuduh PAS.. takde bukti pun.. so simple.. cuma bila melibatkan saman terpaksalah hadap.. kalau diadili dgn adil okaylah.. kalau tak adil nasib badanlah..

      Padam
    2. Tuduhan Pas terima 90 juta apa cer?

      Ada bukti?

      Atau bukti drp Claire juga?

      Akai mana akai?

      Padam
    3. Kan lebai mangkok dah setel tepi sm claire tu. Ko baru kuar gua ke?

      Padam
    4. Mangkok la ko ni dah la bodoh tapi Mahu Komen. Kalau ko bukan mangkok serta bebal aku nak Tanya sisatan SPRM kes RM90 juta tuduhan ke atas PAS semasa pemerintahan Pakatan Hanging tu apa cerita? Dah bisu ke?

      Padam
  2. Budaya Cina memang MCM tu,buat salah dahulu,jawab kemudian,betul ke tidak jawapan atau tuduhan itu,belakang kira.Janji hati puas.

    BalasPadam
  3. biasalah perangai KIASU CHINA DAP..mana nak mengaku SALAH...penuh dengan POLITIK PUTAR BELIT...kesudahannya segala tuduhan yang bukan dari sumber KEBENARAN..terbelit dibatang lehernya sendiri...Tahniah peguam Datuk Seri Azeez...jangan beri muka pada Lim Hung Eng...😁

    BalasPadam
  4. Ni kalo guan eng bebas jgk, lebai2 yg kuat fitnah sama lembu2 ternakannya blh la pakat2 terjun jambatan pulau pinang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kt ko 11:15 PG. Aku rasa ko yang akak terjun Jambatan Pulau Pinang terlebih dahulu sebab ko Akan jadi Gila sebelum kes ini selesai. In Sya Allah.

      Padam
  5. Pentaksub LGE,PH dan PAN muncul,nampak sangat hujah bodoh.Simpanlah bodoh tu untuk anak cucu. Takkanlah LGE tu maksum(Rasuah Terowong),takkan Mat Sabu tu maksum(SU Menteri minta rasuah 5.6 juta).Tapi apabila telan dedak DAP,hati jadi gelap.Semua PH buat tu bagus.Mana duit minta derma PH berjuta2 hari tu.Habih ke mana?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.