Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng mengadap Agong esok


Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong esok, kata sumber parti.

Presiden MIC SA Vigneswaran pula akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat, kata sumber parti.

“Seperti semua ketua-ketua parti lain presiden MIC pun diperkenan untuk menghadap Seri Paduka dalam masa dua hari ini,” katanya sumber itu.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, beberapa parti lain memberitahu Malaysiakini bahawa mereka belum mendapat maklumat untuk mengadap, susulan pertemuan Presiden PKR Anwar Ibrahim pagi ini.

“Tak betul,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu pula ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan perkembangan sama.

“Belum dipanggil, belum ada apa-apa maklumat,” katanya.

Mereka mengulas spekulasi ketua-ketua parti akan dipanggil mengadap Agong susulan sembah mengadap Anwar sebentar tadi.

Anwar sebelum ini berkata dia akan mempersembahkan sokongan diperoleh pada Agong untuk membentuk kerajaan baru.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Susah2 lah yu Anua sekarang ni covid19 bertambah teruk tapi ko pun bertambah gila nak jadi PM sedang kan PM sekarang ni dah cukup baik dari PM sebelum nya kalo ko nak tunggu le PRU depan ni apa nak meroyan sangat tu tak ade fikiran langsung untuk rakyat

    BalasPadam