Header Ads

ads header

Flash News

Hishammuddin bendahari agung BN gantiTengku Adnan dalam rombokan kecil


PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein hari ini dilantik sebagai bendahari agung Barisan Nasional (BN) selepas rundingan antara presiden parti komponen diadakan.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, rombakan kecil dalam kepimpinan BN itu dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuh organisasi gabungan itu.

“BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan Tengku Mansor atas segala jasa dan peranan beliau selaku bendahari agung BN.

“Tahniah diucapkan kepada Hishammuddin. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid bagaimanapun memaklumkan, Tengku Adnan masih kekal dan akan terus menjalankan tugas selaku bendahari Umno.

MR :  Tahniah Hishamuddin 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan