Header Ads

ads header

Flash News

Ini peluru berpandu mampu sampai AS


Pyongyang: Korea Utara mempamerkan peluru berpandu balistik yang mampu melancarkan senjata nuklear ke Amerika Syarikat (AS).

Ia dipertontonkan pada segmen 'finale' acara perarakan ketenteraan besar-besaran di ibu negara Korea Utara itu, pada Sabtu.

Foto peluru berpandu itu disiarkan di televisyen selepas beberapa jam acara sempena ulang tahun ke-75 parti pemerintah, Parti Pekerja, itu berlangsung.

Ia sekali gus mengesakan laporan terdahulu bahawa Korea Utara akan menggunakan acara berkenaan untuk mempamerkan aset ketenteraannya.

Selain itu, ia dilihat sebagai satu hantaran mesej tanpa provokasi kepada AS.

Menurut pakar, aset terbaharu Korea Utara itu adalah roket terbesar seumpamanya yang boleh dipindahkan dengan menggunakan kenderaan.

Felo kanan Staton di Carnegie Endowment for International Peace, AS, Ankit Panda berkata, Kim Jong Un mengotakan janji untuk menunjukkan aset ketenteraan strategik seperti yang pernah dinyatakan pada Disember tahun lalu.

"Korea Utara membangunkan senjata ini ketika negara itu dalam proses rundingan dengan AS (berhubung perjanjian nuklear),' katanya seperti dilaporkan Bloomberg.

Dalam pada itu, media melaporkan acara perarakan itu berlangsung dalam skala besar-besaran.

Ribuan askar berkawad melepasi Dataran Kim Il Sung yang dinamakan sempena pengasas Korea Utara.

Ia juga menyaksikan aset tentera seperti kereta kebal dan kereta perisai serta peluru berpandu yang dimiliki Pyongyang.

Malah, Jong Un turut menarik perhatian apabila menangis ketika berucap dari balkoni yang berhadapan dengan Dataran Kim Il Sung.

Beliau dilaporkan menunjukkan reaksi itu ketika menyentuh mengenai kesukaran yang dialami negara berkenaan akibat sekatan ekonomi, bencana alam semula jadi dan pandemik Covid-19.

Media sebelum ini melaporkan sundingan antara Korea Utara dan AS seakan tergantung selepas sidang kemuncak dua negara di Hanoi, Februari tahun lalu.

Pada masa sama, Korea Utara dipercayai meneruskan pembuatan senjatanya yang didakwa sebagai langkah bagi melindungi negara itu daripada penaklukan AS.

#Sumber :  HMetro  
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan