Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan biro politik bukan keputusan parti, tak perlu heboh tegur Tajuddin


Tindakan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mendedahkan keputusan mesyuarat biro politik Umno malam tadi dipertikai kerana ia bukan keputusan muktamad parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman, berkata keputusan mesyuarat biro politik perlu dibawa ke mesyuarat MT parti itu untuk diputuskan terlebih dulu.

"Keputusan perbincangan biro politik adalah keputusan biro politik, bukan keputusan parti.

"Ia perlu dibawa ke dalam mesyuarat MT Umno terlebih dulu untuk diputuskan, (bila keputusan dibuat) baru jadi keputusan rasmi.

"Apa yang dia (Ahmad) tak sabar (buat kenyataan media)," katanya, petang ini.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat biro politik Umno yang berlangsung di Kuala Lumpur malam tadi.

Mesyuarat biro politik Umno malam tadi antara lain membuat pertimbangan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya syarat mereka tidak dipenuhi.

Umno akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam sidang media selepas mesyuarat biro politik parti itu.



"Umno membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

"Umno akan mencadangkan kepada jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional agar Muafakat Nasional didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah," kata Ahmad lagi.

Sementara itu, Tajuddin berkata apa yang dimaklumkan Ahmad malam tadi bukan lagi keputusan muktamad Umno.

"Itu belum lagi keputusan parti, ia perlu dibawa ke mesyuarat MT dan MT boleh jadi setuju ataupun tambah lagi (keputusan biro politik).

"Sebagai ahli MT Umno saya berasa kesal dengan cara setiausaha agung kendali keputusan biro politik malam tadi," katanya lagi.

MR :   Setuju 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tak apa kot....boleh jadi biro tak berapa percaya seratus peratus yang ada dalam MT. Biar akar umbi tahu kedudukan yang sebenar....pasal kat atas pun dah banyak kepala...

    BalasPadam