Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan Sabah menunjukkan strategi dan kerjasama politik UMNO meterai, tidak menguntungkan


Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.

Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang.

Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri.

UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita. Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRU Sabah.

Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.

Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.

Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya. Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

#Sumber :  FB  

MR :  Tidak menguntungkan, tapi UMNO perlu sedar sejauh mana sokongan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. kita mesti pada keselurohannya, tidakkah kita lihat masa kini cina bersatu dibawah dap, mampukah melayu bertahan jika melayu itu berpecah-pecah bole dikatakan sangat merunsing, kita lihat sekarang ada melayu tak lagi malu2 menjadi ahli atau penyokong dap.

    BalasPadam
  2. Sokong dan setuju dengan tok mat.

    BalasPadam
  3. Jika perlu perkongsian kuasa dengan PAS, perlu juga adil kpd PAS. Jgn jadi abang besar bila dah ada banyak kerusi dan akhirnya meminggirkan kawan dalam gabungan.

    BalasPadam
  4. Haha..dah macam PH plak.. dulu dalam PH kemain bising Bersatu sbb kononnya DAP jadi abg besar.. sekarang ni dia buat plak kat UMNO dan Bersatu.. takpe2.. jadi abg ke adik ke.. orang gaji ke.. kita kene terima sbb kita hanya nak kerajaan melayu.. itu yg melayu nak sgt.. Tok Mat plak baru perasan.. kesian.. melayu2 PH nampak lama dah.. PAS pun lom perasan lagi.. tgh syok tak sedar diri pegang kuasa.. maklumlah tak pernah memerintah persekutuan.. dia punya jakun lain macam.. sanggup berkorban ape saje asalkan PAS dapat terus memerintah.. jadi bodo terus pun takpe..jap lagi kene patuk pulop ngan Bersatu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg melayu ph nampak? Masing2 masih buta lagi sbb kena cucuk hidung dan ditarik oleh dapigs. Melayu umno & pas boleh lagi berpegang janji dgn nama agama islam. Duduk sama rendah. Xde abang adik. Melayu ph berpegang dgn janji dapigs guna akal dapigs. Last2, jadi lagi buta.

      Padam
  5. Umno kena ikut pas..bukan ikut nafsu jwatan..dah lama umno bn perintah malaysia..ikut telunjuk pas-pas berwibawa dari segi politik..sabar wahai umno,kerana gila kuasa anda pernah jatuh tersungkur..jgn berpecah lg..berikan ruang agar melayu memerintah dan bukan ph dap

    BalasPadam