Header Ads

ads header

Flash News

Khabib jaga ‘air muka’ ­Gaethje


LONDON:
Khabib Nurmagomedov menukar strategi ketika menewaskan Justin ­Gaethje dalam pertarungan UFC 254 kerana tidak mahu mematahkan le­ngan lawan dari Amerika Syarikat itu di depan ibu bapanya.

Bintang seni bela diri campuran Rusia itu mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas mengalahkan Gaethje menerusi gerakan triangle choke, Ahad lalu.

Menurut bekas juara UFC, Daniel Cormier, Khabib menukar gerakan armbar kepada kuncian triangle choke kerana bimbang akan mematahkan lengan lawannya selepas mendengar Gaethje enggan mengaku kalah dalam gerakan armbar.

“Khabib beritahu saya, dia ada menonton wawancara yang menyiarkan Justin tidak pernah tewas secara submission atau tap, jadi dia terpaksa menukar pelan.

“Ketika sampai di sana (Abu Dhabi), dia terus berlatih me­lakukan gerakan armbar kegemaran bapanya tetapi sepanjang minggu sebelum pertarungan Justin sentiasa bercakap dia tidak akan menyerah kalah dalam ­situasi begitu.

“Untuk tidak menyakiti lawan di depan ibu bapanya, maka dia terpaksa menukar gerakan ke ­triangle choke.

“Dia beritahu ‘Saya tidak ingin menyakiti Justin di depan orang tuanya, jadi saya melakukan ­triangle choke yang membuatkan lawan ‘tidur sebentar dan bangun dalam keadaan baik’.

“Betapa hebatnya Khabib sempat berfikir perkara itu ketika berdepan lawan,” kata Cormier.

Cormier turut mendedahkan, beberapa minggu sebelum pertarungan, Khabib cedera jari kaki ketika latihan dan telah dimasukkan ke hospital.

#Sumber : – AgenSI 

MR :  Islam mengajar kita memaafkan musuh jika musuh sudah tewas 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan