Header Ads

ads header

Flash News

Kit Siang buat teori kononnya sokongan Zahid pada PN ada kaitan dengan kes Khairuddin

 
Veteran DAP Lim Kit Siang mengaitkan penegasan semula sokongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terhadap Perikatan Nasional dengan tiada tindakan lanjut yang dikenakan ke atas Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali selepas ingkar kuarantin kendiri wajib Covid-19.

Lim percaya itu bukanlah kebetulan, sebaliknya katanya, Umno telah mendapati yang mereka kini tidak mempunyai sokongan penuh daripada PAS.

“Mungkin pimpinan Umno telah mendapati yang mereka tidak akan mendapat sokongan daripada PAS dalam Game of Thrones ini ...

“... dan jika perkara ini berlaku, mereka tidak boleh menjangka sokongan PAS mahupun blok Parlimen Umno untuk bersatu teguh menyokong apa-apa sahaja keputusan Zahid dan (bekas perdana menteri) Najib Razak secara membuta tuli.

“Ataupun, adakah plot, subplot, dan tindak balas yang rumit ini hanya akan bertambah besar dan rumit?” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Umno berkata sedang mempertimbangkan menarik diri daripada PN, di tengah-tengah ketegangan dengan Bersatu dan spekulasi bahawa ahli Parlimen Umno menyokong presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri baru.

Bagaimanapun, Zahid semalam mengumumkan “gencatan politik” dan berkata partinya itu akan mendukung kerajaan PN dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara.



Semalam juga, polis mengumumkan yang Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) ke atas Khairuddin atas pelanggaran kuarantinnnya.

Menurut AGC, ini memandangkan Khairuddin tidak diserahkan borang yang mengandungi perintah pemerhatian atau pengawasan selepas dikatakan pulang dari lawatan kerja ke Turki pada 7 Julai.

PAS merupakan sekutu Umno dalam Muafakat Nasional (MN), yang dalam rancangan untuk didaftarkan secara rasmi.

Bagaimanapun, di kala Umno mahu menarik diri daripada PN, PAS pula kekal menyokong kerjasama itu.

“Pendirian PAS tetap sama iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional dan pertahankan PN,” kata timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lepas.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Lim Kit Siang mula beri TAZKIRAH..teori yang PENUH RACUN BERBISA untuk menambahkan PERPECAHAN BANGSA MELAYU agar suatu masa nanti MELAYU hilang identiti BANGSA dan agama ISLAM bukan lagi AGAMA RASMI MALAYSIA...cara halus untuk mencapai agenda DAP dengan MALAYSIA MALAYSIAN..TEORI yang MEMUALKAN telah berkumandang dari parti ULTRA KIASU ...buat BANGSAKU MELAYU yang menjadikan ISLAM pegangan HIDUP seharian anda...buka minda anda seluas2nya dan fahami maksud teori yang LKS dendangkan...PENUH dengan maksud TERSIRAT yang akan buat MELAYU lagi berpecah belah lantaran SIKAP KEALPAAN PEMIMPIN BANGSA kita BERCAKARAN SESAMA SENDIRI..😡😡😠

    BalasPadam
  2. dap mula memain batu api dengan mencucuk sana mencucuk sini tapi melayu jangan mudah lupa ( tak kira dari pas ke umno pbbm ke) ada ke nampak dap buat kecoh perihal pembebasan LTTE dan pebunuhan petugas bomba dan cubaan mempromosi agenda kominis melalui penerbitan buku komit dikalangan sekolah cina

    BalasPadam
  3. Apa² sajalah LKS ooi...asalkan Melayu bersatu sudahlah..aman negaraku.

    BalasPadam
  4. Adakah cara jalan utk dakwa Lim KS sbg menghina perubdangan sbg pertikai arahan ACG? Jika ada, sila pihak PAS atau mna2 NGO buat utk beri pengajaran kpdnya.

    BalasPadam
  5. apek tua jadi pujaan HATI selamanya bagi ARIF MULUK/MAT SABU MAHFOZ OMAR MUJAHAD SALAHUDIN AYUB khalid samad anwar munafik serta sekutu2 pankhianat pkr

    BalasPadam
  6. Kita dah kenal benar dengan puak2 ni, jangan diambil peduli setiap apa yang mereka cakap, termasuklah melayu2 kitol yang membaruahkan diri dengannya.

    BalasPadam