Header Ads

ads header

Flash News

KM Sabah positif Covid-19, masuk hospital kata pengawai peribadi


Ketua Menteri Sabah Hajiji Mohd Noor postif Covid-19 dan kini mendapat rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) di Kota Kinabalu, maklum Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh.

"Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

"Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, kini sedang menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) bagi rawatan seterusnya," katanya pada satu kenyataan malam ini.

Jelasnya, keadaan kesihatan Hajiji yang berusia 65 tahun "baik dan stabil."

"Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video (video conferencing). Kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

"YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada Covid-19," katanya lagi.

Terdahulu hari ini, dilaporkan Menteri Kewangan II Sabah Masidi Manjun menafikan Hajiji dan isterinya Julia Salag positif Covid-19 dimasukkan ke hospital.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong, dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu positif Covid-19.

MR : Ini akibat PRN Sabah... Dan sikap sambil lewa dengan penjarakan sosial   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Covid tak kenal siapa kita,,,km yg d jaga kiri kanan pun kena apatah lagi kita org bieshe bieshe ni,,jadi jgn belagak claim.org tu kena org ini kena kalau kita sendiri tak boleh menjamin kita selamat 100%

    BalasPadam