Header Ads

ads header

Flash News

Kongsi kuasa apa yang UMNO mahu Melalui Kuli?


Saya dengar semula interview lama Kuli semalam berkenaan MN. Dia tanya apa pentingnya PAS? Kemudian dia tuduh PAS berkaitan masalah air di Kelantan yang mana dengan Menteri Alam Sekitar yang baru walaupun dari PAS, hanya akan berjaya menyelesaikan masalah air dalam masa 30-40 tahun.

Berita itu dari Malaysiakini yang secara sengaja telah mengambil petikan yang salah dari kenyataan Dato Tuan Ibrahim, dan telah pun dinafikan iaitu masalah air Kelantan akan diselesaikan bagi tempoh 40 tahun akan datang dengan adanya projek baharu dari pusat. Maka, walaupun Kuli seorang Ahli Parlimen terlama, tetapi masih terlupa untuk mengambil fakta yang tepat, apatah lagi dari Malaysiakini yang sangat banyak menyerang Umno sendiri.

Dengan membangkitkan pengagihan kuasa di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS, tidak diberikan kepada Umno, Kuli cuma mahu menjelaskan bahawa Umno mungkin mahu menggunakan orang lain bagi menyucikan dirinya sebab sebelum ini mereka banyak melakukan onar dalam pemerintahan dan harus dingat yang rakyat menolak mereka dahulu dengan penuh kebencian.

Beliau lupa untuk menyebut fakta benar iaitu PAS samada di Kelantan, Terengganu mahu pun Kedah, tidak pernah ada kes rasuah atau salah guna kuasa. Bagi saya, inilah kebenaran yang sepatutnya Kuli sebutkan. Atau Kuli boleh mengambil contoh betapa jika kuasa disalah guna sebagaimana Umno dahulu, kemungkinan kes-kes seperti Skandal BMF, akan muncul kembali.

Mahukah kita menjadikan negara kita ke arah itu kembali? Sabarlah, sebagaimana Umno mengatakan gabungan dalam PN tidak jelas berkenaan perkongsian kuasa, saya pun tertanya-tanya, adakah dalam MN dijelaskan secara terperinci pembahagian kuasa antara PAS dan Umno yang wajib kita ikuti? PAS tidak pernah menagih perkongsian kuasa di mana-mana negeri di bawah Umno melalui pimpinannya. Dan jawatan di pusat, diberikan oleh PM, TS Muhyiddin dari Bersatu, bukan Umno.

Tak cukup lagi ke? Berbalah-balah nanti, habis kerusi dirampas PH. Umno mungkin gembira sebab Pasir Salak dah bagi gambaran, jika apa yang Umno mahukan, Anwar boleh beri, mungkin Umno akan menyokong Anwar, ejen CIA, peliwat yang mereka kata dahulu. Tapi saya yakin, rakyat pasti akan lebih membenci Umno.

Mohd Nasir Abdullah
15 Oktober 2020

MR :   UMNO cuba untuk jadi abang besar sehingga lupa siapa dia sebelum ini 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Ku Li ni sama taraf sampah dgn Atok dan Anwar.

    BalasPadam
  2. Umno is actually larti yg dah banyak problem-problem lama. Kasi cuci la 1x..... Hampir2 lunyai PRU14 kmudian melukut di tepian gantang mengharapkan bantuan dari PAS. PAS memnag terbuka utk kerjasama dengan sesiapa. PAS memang pernah bekerjasama dengan semua parti2 politik di Malaysia..dia Open tidak menkongkong diri utk melakukan kerjasama2 steategik. PAS satu2nya parti yg pernah bekerjamsa dengan semua parti. Tapi PAS juga playsafe & jaga hak dirinya, dia tidak beri apa2 kerusi kepada UMNO. Asalkan untuk melayu islam dia open for nego.

    DAP, PAN, PKR kutuk caci habis2an PAS open utk kerjasama dgn UMNO..
    1. Sekarang mana RAFIZI bila boss dia sendiri mengharapkan sokongan dari UMNO. Dulu rafizi kecam PAS kata kerjasama dengan perompak.
    2. Sekarang apa kata LIM GUAN ENG yg kata UMNO Perompak Negara & sekarang dia yg melukut mengharapkan sokongan UMNO utk dia dpt jawatan blk @ DAP dpt kuasa balik? 😡
    3. Mana Mat sabu yg cacimaki UMNOOOoooooooooo dlu? Malah caci PAS kerjasam UMNO Apa dia nk kata sekarang UMNO parti suciiiiiiii. 😂

    Malah mesti ada pengahihan kerusi jawatan untuk UMNO oleh Anwar yg ianya tentulah keuntungan duniawi - kes mahkamah UMNO kasi buang tanpa sebab (mcm kes Banglo Lim Guan Eng), habuan pun mungkin menunggu 🤑 , jawatan sudah tentu...... Fulussss

    BalasPadam
  3. Ku li, Tak payahlah nak kutuk PAS yg bertujuan nak menonjolkan diri tu yg dah lama tenggelam. Ada pemikiran politik ku li ni yg Tak boleh pakai sangat. Tak ikut peredaran semasa dan Tak ikut acuan Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape yg Kuli cakap tu masih relavan hingga kini.. dibawah PAS Kelantan begitu mundur.. kejayaan kerajaan bukan diukur semata2 pada kes rasuah dan patuh syariah.. tapi juga kemajuan.. PAS Terengganu bernasib baik kerana memerintah setelah UMNO memerintah.. sbb tu byk kemajuan yg dilihat di Terengganu berbanding Kelantan.. bila maju baru ada peluang pekerjaan.. kalau rakyat Kelantan berpuas hati dgn kerajaan mereka mana mungkin sebahagian besar daripada mereka terpaksa pergi mencari rezeki dinegeri2 lain yg diperintah oleh kerajaan2 yg byk kes rasuah tu.. lepas tu sedap je rakyat kelantan dan kerajaannya kondem kerajaan negeri2 lain yg telah memberi ruang dan peluang utk rakyat kelantan meningkatkan taraf hidup.. dan kalau benar pemikiran Kuli ni tidak ikut acuan Islam maka rakyat kelantan yg mencari rezeki dinegeri2 lain lebih maju ni pun melanggar acuan Islam kerana mencari rezeki di tempat yg kerajaannya rasuah..

      Padam