Header Ads

Header ADS

Langkah Anwar cetus PRU saat pandemik?


DATO’ 
Seri Anwar Ibrahim kelihatan terus menerus berusaha untuk menjadi teraju utama kepimpinan negara. Terkini beliau menyatakan bahawa sudah ada perkenan untuk menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Katanya, pertemuan itu bagi membuktikan bahawa dia sudah memiliki cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan. Langkah Anwar ini mempunyai pelbagai implikasi yang boleh dilihat dari pelbagai kemungkinan.

Pertamanya, jika dia benar-benar mempunyai sokongan, ia bermakna ada Ahli Dewan Rakyat yang berubah angin atau melompat parti. Jika berlaku demikian, Tan Sri Muhyiddin dianggap sebagai hilang sokongan majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri (PM). Selaku PM, Muhyiddin boleh terus meletakkan jawatan atau meminta YDPA untuk membubarkan Parlimen. Terpulang kepada YDPA sama ada memenuhi atau menolak permintaan itu. Jika permohonan ditolak, maka Anwar akan dilantik sebagai PM ke-9. Jika permohonan diterima, maka berlakulah PRU ke-15.

Kedua, terdapat kemungkinan Anwar mempunyai sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin tetapi tidak mempunyai sokongan untuk menjadi PM. Kenapa berlaku demikian? Tidak mustahil mereka yang menyatakan sokongan kepada Anwar berbuat demikian semata-mata untuk memastikan berlaku PRU lebih awal. Berdasarkan beberapa kenyataan umum, kelihatan tokoh-tokoh dari Umno sangat mengharapkan agar PRU diadakan segera. Harapan ini mungkin timbul kerana keyakinan bahawa inilah saat mereka untuk mengembalikan semula kuasa yang hilang dalam PRU ke-14 dahulu. Sokongan kepada Anwar hanya sebagai alat untuk mencapai cita-cita ini. Jika demikian, maka Anwar mungkin berjaya menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional, tetapi gagal untuk menubuhkan kerajaan dan akhirnya PRU ke-15 tidak lagi boleh dielakkan.

Ketiga, terdapat juga kemungkinan bahawa elemen-elemen tertentu dalam Umno benar-benar ingin menyokong Anwar menubuhkan kerajaan baharu. Lantas, bila hasrat itu dipersembahkan kepada YDPA, maka dengan sendirinya Kerajaan PN jatuh. Tetapi, pada saat rundingan untuk menubuhkan kerajaan, wujud konflik khususnya antara elemen Umno dan DAP yang pada zahirnya amat sukar untuk bergabung. Keadaan yang kusut demikian jika tidak dapat dirungkaikan akan membawa kepada PRU-15 dalam tempoh terdekat ini.

Berdasarkan tiga senario kemungkinan di atas, kita dapat jangkakan bahawa langkah terkini Anwar mungkin akan membawa kepada PRU-15 pada saat rakyat sedang bertarung dengan COVID-19.

Kita doakan agar semua pemimpin politik mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat mengatasi cita-cita politik. Rakyat inginkan ahli politik yang menjadikan kuasa sebagai jalan untuk berbakti dan bersedia untuk berlapang dada demi kepentingan negara dan rakyat walau pun berada atas platform politik yang berbeza.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF

#Sumber : harakahdaily   

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ulasan yg baik dan bagus.. tapi tak kena masa.. nampak berat sebelah dan bermotif politik semata2.. sepatutnya ulasan macam ni diberi semasa langkah Sheraton dilakukan.. masa perubahan kerajaan PH tu pandemik covid19 dah berlaku.. jadi tak salah kalau Anwar Ibrahim nak buat jugak waktu pandemik covid19.. salahkan PN dulu.. dia yg ajar buat semua ni.. takkan bila dah dapat kuasa baru nak nasihat pihak lain jgn pentingkan diri dan berlapang dada.. waktu kau jadi pembangkang dulu kau berlapang dada dan utamakan kesejahteraan rakyat ke? sebahagian rakyat pun tak kisah siapa jadi PM tapi biarlah secara bermaruah dan beretika.. bukan main pintu belakang atau tebuk atap.. kalau macam tu tak guna pilihanraya.. bagus buat sistem beraja je.. biar YDPA je lantik PM dan kabinet ikut komposisi bangsa.. rakyat pun senang tak payah berparti2 bagai dan pegi mengundi..

    BalasPadam
  2. Mengapa sebok nak jadi PM.. bodoh punya YB.. bongok.nii.
    Pm..tepi sudahhh lahhhh..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.