Header Ads

ads header

Flash News

Lantik tokoh berintegriti pimpin negara jika berlaku darurat


SHAH ALAM -
Sayap Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Pergerakan Wira Putra menyarankan tokoh yang berintegriti, berwibawa dan negarawan yang dihormati dan diterima oleh semua pihak dilantik bagi memimpin negara jika diisytiharkan darurat.

Ketua Pergerakan Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, sekiranya tindakan mengisytihar darurat atau apa juga nama seumpamanya dibuat dengan mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, ia akan mewujudkan perspektif buruk terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan institusi diraja.

Katanya, Wira Putra kekal dengan pendirian negara perlu diisytihar darurat untuk menangani wabak koronavirus (Covid-19) serta menyelesaikan ketegangan politik yang tidak membawa keuntungan kepada negara.

"Pertemuan Tan Sri Muhyiddin dengan Yang di-Pertuan Agong seperti dikhabarkan hari ini dan pengisytiharan darurat yang kemungkinan bakal diwartakan sudah menjadi bualan orang ramai dan mula menimbulkan persepsi yang pelbagai.

"Wira Putra mohon ampun perkenan Seri Paduka Baginda selaku ketua negara yang sudah pasti memandang keadaan ini dengan amat serius sebelum keadaan ekonomi negara dan kesejahteraan serta keselamatan rakyat menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan langkah darurat sewajarnya sebagai satu langkah melakukan pembetulan dan penambahbaikan pada sektor ekonomi dan keselamatan negara dan bukan kerana motif kepentingan politik mana-mana pihak.

Katanya, pengajaran yang baik perlu diteladani kepada generasi masa depan supaya kualiti pemimpin muda akan terus mencerminkan sikap ketelusan dan tanggungjawab menangani sebarang isu kritikal seperti yang berlaku kini.

Perdana Menteri hari ini dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung cadangan mengisytiharkan darurat ekoran penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Spekulasi mengenai pengisytiharan darurat bagi menangani Covid-19 itu memuncak selepas Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi dan difahamkan pengisytiharan darurat itu antara yang dibincangkan.

#Sumber : SH 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Persoalannya siapakah negarawan yg jelas berintergriti, berwibawa, berpengalaman mentadbir, dan diterima semua utk diangkat sebagai PM?.. Mahathir sudah tertolak dari arus.. Muhyidin juga tiada integriti dan penakut.. Anwar juga tidak diterima dan dikatakan liberal.. Zahid dan Najib ada kes mahkamah.. Hadi Awang juga tidak berpengalaman dan tidak diterima semua.. Kuli juga cetek pengalaman.. dicadangkan agar pemilihan PM diadakan semula dan MP yg paling byk mendapat sokongan itulah yg dilantik sebagai PM.. kabinet juga disarankan mesti terdiri daripada semua parti yg mempunyai MP.. ini sedikit sebanyak menampakkan keadilan dan ketelusan dalam pemerintahan.. kuasa eksekutif masih terletak ditangan YDPA.. mudahan cara ini dapat membina semula keyakinan kerajaan.. parti2 politik dan rakyat keseluruhan juga akan merasakan suasana menang2.. ini sedikit sebanyak meredakan suasana sementara menunggu saat sesuai utk PRU15..

    BalasPadam