Header Ads

ads header

Flash News

Lompat pagar SPRM: Alvin Goh cerita mengapa dia larikan diri


KUALA LUMPUR:
Alvin Goh, suspek sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang melarikan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan jenayah seperti yang disyaki terhadapnya.

Penafian itu dibuat Alvin, atau Goh Leong Yeong, menerusi satu video berdurasi 8 minit 39 saat yang dipercayai dimuat naik rakannya sebelum ia ditularkan di media sosial.
 

Video itu muncul selepas penahanan Alvin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah apartmen di Pahang, pada Selasa.

Terdapat beberapa perkara yang dijelaskan Alvin dalam video berkenaan, termasuk mengapa dia melarikan diri melalui pintu belakang bangunan SPRM.

“Saya tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri, namun saya mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah Bukit Bintang.

"Namun, tidak pernah terlibat dengan sindiket Macau Scam atau perjudian dalam talian," katanya.

Tambahnya, dia telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM semasa siasatan berlangsung.

"Namun, ketika dibebaskan pada 11 Oktober lepas, saya mendapat tahu polis juga akan menahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Saya tahu apabila dituduh di bawah akta itu, ia satu perkara yang serius.

"Selepas 10 hari direman di SPRM, saya letih dan tidak dapat berfikir dengan baik. Selepas saya dilepaskan, saya keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM, dan beberapa hari selepas itu baru saya tahu melalui media yang saya diburu,” jelas Alvin.

Katanya, apabila video itu ditonton, dia telah pun menyerahkan diri kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

#Sumber : Astro 

MR :  Banyak visi cerita 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Seperti biasa ayat diversion 😁 penafian awal yg dia tak terlibat secara langsung dgn Macau Scam.
    Poin dia nak 👉🏻 point jari SALAHKAN SPRM buat siasatan melulu tanpa bukti sekadar dpt laporan sumber OKT yg lain 🤭 mcm mana dia tau Polis nak tahan dia kat sini...lagu Bangau Oh Bangau di remix Monkey Dance 😆😆😆

    BalasPadam