Header Ads

Header ADS

Mandat Rakyat Atau Memenuhi Nafsu Para Pemimpin


Dalam sistem pilihan raya di negara kita, biasanya pengertian mandat, adalah sokongan yang diterjemahkan menerusi jumlah kerusi yang diberikan kepada parti-parti yang membolehkan parti-parti itu membentuk kerajaan.

Pengertian di atas lah yang telah melekat pada minda rakyat negara ini, sehingga lah pengertian tersebut diubah oleh wakil rakyat Sabah pada tahun 1994, apabila parti yang diberi mandat semasa pilihan raya, menjadi pembangkang.

Mengubah mandat pilihan raya tersebut tidak berhenti, sebab berjangkit di Perak paada tahun 2009, kemudian Sabah pada tahun 2018, tahun 2020 kepada kerajaan Persekutuan, Melaka, Johor, Perak dan Kedah.


Sejak tumbangnya kerajaan PH pada 24 Februari, 2020, sehingga kini para wakil rakyat daripada pakatan tersebut berusaha dengan berbagai cara untuk mengembalikan kerajaan yang diberi mandat rakyat pada tahun 2018. Dan pada Mesyuarat Khas MKT Umno semalam, juga memutuskan agar PRU-15 diadakan sebaik sahaja pandemik covid-19 reda, dengan alasan kembali kepada rakyat untuk meminta mandat semula.


Pada 29 Julai, 2020, Sabah sebenarnya telah kembali kepada mandat rakyat pada PRU-14, apabila Ketua Menteri yang disingkirkan kembali mendapat sokongan wakil-wakil rakyat, namun mandat yang dikembalikan tersebut tidak menjadi realiti, ekoran pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada PRN-16 Sabah.


Melihat senario politik yang berlaku dalam negara, pengertian mandat tidak selamanya berpanjangan, seperti mana berlaku pada Kerajaan Pakatan Harapan. Pengertian mandat perlu seiring dengan pendirian para wakil rakyat yang dipilih. Jika mandat yang diberikan rakyat, bercanggah dengan pengertian wakil rakyat yang dipilih, maka mandat itu tidak akan kekal, demikian juga kerajaan yang dibentuk bukan berasaskan mandat, tidak juga kekal, seperti mana tumbangnya Kerajaan Warisan Sabah.


Melihat keadaan politik tanah air, kerajaan yang kekal adalah kerajaan yang dibentuk oleh wakil-wakil rakyat yang sehaluan, atau mempunyai kepentingan yang hampir sama, seperti mana dibuktikan oleh Barisan Nasional Sabah apabila mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun 1994. Kerajaan yang diterajui oleh wakil-wakil rakyat yang berhaluan sama, kekal sehingga ditumbangkan oleh wakil rakyatnya sendiri.


Oleh itu, rakyat jangan sangat terpengaruh dengan mandat, kerana mandat yang diberikan semasa pilihan raya, boleh sahaja di “over-rule” oleh wakil-wakil rakyat yang diberi mandat, seperti mana berlaku pada Kerajaan Pakatan Harapan.


Rakyat kena belajar bermula daripada sekarang, tiada parti lagi yang diberi mandat semasa pilihan raya akan kekal, jika kerajaan yang dibentuk itu, ada wakil rakyat dianak tirikan, walaupun kerajaan tersebut secara umum diterima rakyat, kerana polisi dan tindakan yang mesra rakyat.


Lihat sahaja apa yang sedang dan akan berlaku kepada Kerajaan Perikatan Nasional, walaupun di mata rakyat, kerajaan PN merupakan kerajaan yang peduli rakyat, namun SENTIASA terumbang ambing, kerana tindakan para wakil rakyat yang menyokongnya.


Kerana perbuatan wakil-wakil yang menyokong, memaksa Perdana Menteri mencadangkan perintah darurat, yang bertujuan, agar pentadbiran dan pemerintahan tidak terganggu, semasa kerajaan sedang berlawan dengan Pandemik Covid-19 dan kelesuan ekonomi.


Dalam keadaan sekarang, siapa pun Perdana Menteri, atau pihak mana yang membentuk kerajaan, kekal berhadapan dengan ancaman pendemik Covid-19 dan kelesuan ekonomi. Memandangkan startegi sudah dilakar selama 7 bulan oleh kerajaan PN, menggantikannya, akan terpaksa mengubah semua strategi yang dilakar, atas sebab, sekali bah, sekali pantai berubah. Dalam keadaan genting, tindakan demikian tidak harus berlaku, setidak-tidaknya itu lah pendirian Kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin.


Pengerusi Perikatan Nasional tersebut, benar-benar mengambil iktibar perubahan Kerajaan yang bermula pada Februari yang menyebabkan mencanaknya jangkitan Covid-19 dalam negara, demikian juga impak PRN-16 Sabah yang menyaksikan mendadak naiknya jumlah jangkitan, yang juga diiringi oleh peningkatan kematian.


Pendek kata, dalam senario politik negara, TIADA istilah mandat rakyat lagi, kerana bertukar kepada mandat wakil rakyat.


Bagi penulis, istilah mandat tersebut, hanya perangkap kepada rakyat, sedangkan tujuan tersirat adalah untuk memenuhi nafsu para pemimpin.

musramrakunman

#Sumber : https://musramrakunman.blogspot.com 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Setuju dgn penulis

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kerajaan PN telah sudi memberikan bantuan kewangan kepada rakyat untuk meringankan beban rakyat di waktu wabak covid-19 sedang berlaku.

    Jika puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka yang berkuasa, rakyat hanya mendapat 30 hengget sahaja konon untuk meringankan beban rakyat selain dari pelbagai janji palsu yang sangat hancing.

    Kasihan rakyat dikencing hancingggg oleh puak penipu gila kuasa semata-mata kerana rakyat mahu perubahan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.