Header Ads

Header ADS

Mantan Speaker sokong cadangan gantung Parlimen


KUALA LUMPUR
– Mantan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyokong cadangan bekas Speaker Dewan Negara yang juga Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran yang mahu Parlimen digantung sehingga pandemik Covid-19 berjaya ditangani.

Katanya, persoalan yang menjadi tanda-tanya kini ialah sama ada bajet yang bakal dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (BN) akan mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen atau sebaliknya, tidak diluluskan.

Ujar Ketua Umum USNO itu, dua kemungkinan bakal berlaku sekiranya bajet tidak diluluskan, iaitu Parlimen akan dibubarkan dan pilihan raya akan diadakan mengikut Perkara 43(2) atau Parlimen akan dilanjutkan usianya atau’Prorogue’ mengikut Artikel 55(2).

“Dalam soal ini, saya sependapat dengan Presiden MIC (Vigneswaran) dalam kenyataannya yang mana beliau berpendapat bahawa adalah sebaik-baiknya Parlimen tidak dibubar (Prorogue).

“Akan tetapi, biarlah ‘Proroging’ itu dibuat bukan atas alasan untuk memanjangkan usia kerajaan PN, tetapi atas alasan bahawa keselamatan rakyat Malaysia adalah lebih penting daripada pilihan raya,” jelasnya.

Menurut beliau, menerusi penggantungan Parlimen, permainan politik di Malaysia akan dapat dipinggirkan buat sementara waktu sehingga wabak Covid-19 dapat dikalahkan.

“Setelah wabak Covid-19 telah dapat ditangani, maka barulah Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan seperti yang dicadangkan oleh Presiden MIC,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Vigneswaran mencadangkan agar Parlimen digantung untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negara ketika pandemik Covid-19 masih menular.

#Sumber :  – K! ONLINE  

MR :  Nampaknya ada perlung untuk panjang lagi hayat Kerajaan PN  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Usah dulu fikirkan sangat PRU 15 ketika ini, utamakanlah dulu keselamatan rakyat dalam keadaan dilanda covid 19
    ini...

    BalasPadam
  2. KASIHANI LAH FRONLINER ..DAH ELOK DI BUAT DI SEMENANJONG ..TETIBE TAMBAH LAGI MASAALAH DI SABAH..DAH TAMBAH LAGI GELOMBANG KE2 COVID 19 KAT SEMENANJONG ! ADOI ! BERTAMBAH PENAT LAH JAWAP NYE FRONTLINER ! 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh gantunglah selama2nya.. dan kalau boleh jgn biarkan PH kembali menjadi kerajaan.. kita dah 7 bulan aman dari sebarang provokasi kaum.. agama.. ni lagi penting.. kalau PH kembali memerintah pasti puak2 ni akan kembali menyalak , memfitnah, dan meroyan memainkan sentimen agama dan kaum yg meresahkan rakyat.. kita pun dah tau angkara dari pihak mane.. huhu..

      Padam
    2. ENCIK AWANAMA 👆🏻 telah komen dengan baik sekali mengikut tatacara normal. Malah tiada percanggahan dilakukan dengan mengkomen satu lagi to dispute his previous own comment 🤭.

      Padam
  3. Bekas speaker geng penyamun

    BalasPadam
  4. Rakyat selruh negara amat terkesan dgn keadaan negara tdk setabil berikutan asik perabutan kuasa tdk hujung pangkal...apakah ini Amalan sistem demokrasi malaysia... rakyat pilu dn sengsara covid 19 ...berisan hadapan mcm tdk hergai olh kerakusan gila pemimpin mlysia.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.