Header Ads

ads header

Flash News

Mat Sabu minta Muhyiddin letak jawatan secara terhormat


SHAH ALAM -
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia serta rakyat.

"Menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menolak pengisytiharan darurat.

"Kami meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini semalam.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini.

Katanya, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan ketika ini berjaya menangani wabak koronavirus (Covid-19) dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

Al-Sultan Abdullah berpendapat, tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Permohonan dikemukakan ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

Sumber : SH 

MR :  Letak jawatan nak minta atok jadi PM semula ke? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Bodoh mat Sabun ni. Agong Kata Tak Ada keperluan darurat Dan Agong percaya kerajaan sekarang mampu menangani covid-19 dgn baik. Maksudnya Tak Ada darurat Dan PN kekal as kerajaan malaysia. Mat Sabun ialah bekas Menteri yg paling bodoh yg pernah Malaysia ada.

    BalasPadam
  2. Mat Serabut ni meroyan lg. Xkan xfaham maksud yg disampaikan oleh SPBYDA. Cukuplah rakyat sudah merana semasa kau mentadbir negara selama 22 bulan

    BalasPadam
  3. Mat Sabu teringin jd PM ke? Tau2 karang pass kt boss (DAP)... Takpun jadi PM ali baba je (DAP juga tuan). Tak mau laaaaaaaa

    BalasPadam
  4. Lepas ni kalau ada orang yang suruh TSMY letak jawatan , maka baik diadakan darurat terus.

    BalasPadam
  5. mat sabu ni jenis tak ada otak ka,awat jadi bagang.senang2 suruh p.m letak jawatan.jenis manusia pentingkan diri sendiri termasuk gila jawatan

    BalasPadam
  6. Tu la pasal màt sabun suruh belajar x mahu tapi ada juga si bodoh lantik jadi menteri .tapi sayang apa yg agong sampaikan lansung x faham
    Hanya layak jadi pecacai Dapig aje lah

    BalasPadam