Header Ads

ads header

Flash News

MB Perak lantik Adun Umno jadi setiausaha politik


PETALING JAYA:
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengumumkan pelantikan Adun Pengkalan Hulu daripada Umno, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politiknya berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, pelantikan Aznel yang juga timbalan ketua Umno Bahagian Gerik itu ialah manifestasi terhadap komitmennya untuk bekerjasama dengan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan memastikan tadbir urus negeri itu lebih berkesan.

“Saya yakin pelantikan Aznel akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin antara kepimpinan PPBM, Umno dan rakan-rakan dalam PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aznel menggantikan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, yang kini ditugaskan untuk menangani perkara berkaitan jawatan Faizal sebagai timbalan presiden PPBM serta jawatan lain di peringkat persekutuan.

#Sumber : FMT   

MR :  Tak lama nanti Bersatu akan kembali kepada UMNO  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan