Header Ads

ads header

Flash News

Mengikut Sumber UMNO berpecah dua, Kem Zahid-Najib dan Kem Ku Li


Sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO.

1.   Mengikut sumber UMNO kini berpecah kepada dua iaitu satu kem yang menentang bersama dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kepada gerakan yang dipercayai digerakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

2.  Gerakan yang diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMNO seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

3.  Kata sumber, "Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO. Sekurang-kurangnya 24 daripada 39 ahli Parlimen UMNO menyokong dan mereka lebih suka Ku Li sebagai calon perdana menteri.

4.  Kata sumber lagi, "Bila kita tengok semula kem Zahid-Najib ini, mereka hanya mempunyai 15 sokongan Ahli Parlimen. Kebanyakan mereka ini adalah mereka yang telah didakwa atas kesalahan jenayah atau sedang menunggu hukuman,".

5.  Kata sumber lagi, k
risis politik dalaman UMNO ini memuncak dan terdedah selepas Ku Li dilihat memasuki Istana Negara pada Selasa lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Anwar.

6.  Pada masa sama, sumber memaklumkan bahawa gerakan Ku Li tersebut mempunyai sokongan yang jauh lebih besar daripada apa yang diperoleh Anwar. "Selain lebih dari separuh ahli Parlimen UMNO, difahamkan terdapat juga sokongan sebahagian wakil dari PAS, DAP, Amanah, GPS, PKR dan Pejuang. Dalam kenyataannya bahawa sokongan ini adalah untuk Ku Li jadi PM bukan Anwar Ibrahim.

7.   Sumber berkata "Ikutkan, semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad,". Ada 2 uru-ura ini benar pertama pertemuan Salahuddin Ayub dengan Ku Li dan dikatakan orang Mahathir juga ada berjumpa dengan Ku Li.

8.   Berapa bilangan sokongan PAS, ini masih menjadi tanda tanya kerana PAS nampak lebih mesra dengan Muhyuddin atau PN, kata sumber.

9.   Sejauh mana sokongan DAP juga tidak dijelaskan.

NASIR RAMLEE

MR :  Banyak sangat gossip politik 2-3 hari ini... rakyat dah pening dengan covid-19 terus terlentang mana satu pemimpin boleh dipercayai  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Mainan spekulasi berterusan.....

    BalasPadam
  2. penat tengok keadaan malaysia ni, sekarang dunia sedang kalam kabut masalah covid belum reda dan ekonomi pula jatuh mungkin dua tiga tahun baru pulih, sekarang ahli2 politik kita pula berkelahi nak rebut kuasa, rakyat yang memilih mereka untuk mewkili rakyat mentadbir negara, sekarang rakyat pula menanggung kesusahan angkara mereka, ada sesiapa setuju agong bersama tentera dan polis ambil alih pemerentahan sehingga ekonomi dan covid dapat ditangani, ini satu cadangan , yang agong pilih kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi dan covid pun mereka sama2 tak menyumbang melainkan menembah terukkan keadaan

    BalasPadam
  3. Ada saja puak rba dapigs ambil kesempatan dari situasi semasa nak buat spekulasi, cerita dongeng yg bertujuan nak memecahkan kesatuan ummah.

    BalasPadam