Header Ads

ads header

Flash News

Menteri himpun di rumah Muhyiddin selepas Agong tolak cadangan darurat


KUALA LUMPUR:
Anggota Kabinet berhimpun di kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Ahad malam selepas Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Lebih 10 kenderaan dilihat memasuki kediaman peribadi Muhyiddin di Bukit Damansara, beberapa jam selepas perbincangan khas Agong dengan raja-raja Melayu pada petang Ahad.

Kenderaan yang dipercayai membawa menteri dan timbalan menteri itu, memasuki kediaman berkenaan selepas 9 malam tadi dan keluar kira-kira 2 jam kemudian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri melambai ke arah jurugambar ketika beliau keluar dari sana.

Bagaimanapun, individu dalam kenderaan lain tidak berhenti untuk wartawan yang mengejar mereka, ketika keluar dari kediaman itu.

Berita pertemuan itu mencetuskan khabar angin Muhyiddin mungkin meletak jawatan selepas Agong menolak cadangannya.

Bagaimanapun, seorang ahli PPBM berkata, anggota Kabinet bersama Muhyiddin menunggu keputusan Agong.

Orang dalaman parti itu berkata, selepas keputusan diumumkan, mereka bersama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membincangkan keputusan perbincangan khas Agong dan raja-raja Melayu.

“Fitnah yang kata PM nak letak jawatan itu propaganda ahli politik yang degil nak ambil kesempatan bermain politik lagi.”

Muhyiddin dalam kenyataan yang dikeluarkan kemudian berkata, Kabinet akan membincangkan nasihat Agong pada petang Ahad.

MR :  Ada tintah khas untuk Muhyiddin yang dikongsikan untuk kabinet 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Muhyidin ni okay aku nampak tapi orang2 kuat belakang dia buat dia macam boneka ja.. especially geng2 Jemin, geng2 Hamzah.. depa ni yg lebih2... geng2 Hamzah nak menunjuk ngan Mahathir depa boleh berjaya.. geng2 Jemin nak menunjuk kat Anwar depa boleh berjaya.. PAS plak nak menunjuk kat Amanah dan DAP depa boleh berjaya.. last2 yg kena sumpah Muhyidin.. kalau berdamai kan elok... UMNO, PKR, Amanah, Warisan, DAP dah huloq salam nak damai hangpa tak layan.. keras kepala.. bungkuih ja lagi elok..

    BalasPadam
  2. Ye la.. Awak sorang ja yg betul

    BalasPadam
  3. Terima je la hakikat abah cow xde majoriti. Letak jawatan je la. Nk mintak nyawa apa lg. Sm2 dlm PN pun xblh kawtim. Tebukti la skrg anwar ada majoriti.

    BalasPadam