Header Ads

Header ADS

Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) tak boleh kerana covid-19 tapi Mesyuarat MT UMNO boleh


Berita Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) dibatalkan malam ini.

Pembatalan mesyuarat yang diadakan di Menara Umno itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, pembatalan itu dibuat atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Mesyuarat batal atas nasihat MKN," katanya.

Ia dipercayai susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sehingga 27 Oktober ini.

Susulan itu MT UMNO pun batal.

Tapi semalam 26 hb belum lagi 27hb

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Majlis Kerja Tertinggi Umno mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

"Ahli-ahli Parlimen Umno akan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum itu

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan tentang sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum boleh diadakan.

Sebaliknya, kata bekas pengerusi BN, Najib Razak, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira , yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan dari wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti.

Kesimpulan

Sangat sukar nak faham percakapan orang politik terutamanya pemimpinan tinggi UMNO

- Rakyat kecewa


MR :   Dengar boleh percaya jangan sekali-kali


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Minda rakyat sekarang ni dah jadi minda yidin n jemin video. harap maklum

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.