Header Ads

ads header

Flash News

Moga2 Ahli-Ahli Dan Pemimpin2 Umno Insaf


(1) UMNO kena ambil tempoh 22 bulan berada di luar kerajaan sebagai punca keinsafan yang sebenar.

(2) 60 tahun berkuasa menyebabkan sebahagian orang-orang UMNO menjadi sangat ego dan self-centred.

(3) Pengalaman peribadi saya ketika menjalankan tugas sebagai Felo Kanan IKSIM, berceramah di sebuah daerah di Kelantan awal 2018 menerangkan tentang kepentingan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama negara (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan), tiba2 organiser bisik minta saya pendekkan ceramah kerana ada ketua bahagian/cawangan UMNO nak berucap.

(4) Saya tidak hiraukan permintaan beliau dan habiskan pembentangan saya seperti sepatutnya. Program2 IKSIM, memang kami alu2kan orang-orang politik dan pemimpin2 politik hadir supaya mereka dapat dengar dan faham kepentingan menjaga kedaulatan Islam TETAPI kami cuba elakkan mereka berucap kerana nak elakkan mereka jadikan program IKSIM sebagai alat politik mereka.

(5) Tetapi para penyelaras program kekadang beralah dengan orang-orang politik demi nak memastikan program jadi dan berjalan lancar.

(6) Selesai pembentangan, saya terus beredar kerana meluat melihat perangai ketua UMNO tersebut yang tidak pandai menghormati majlis orang lain.

(7) Rakan sekerja saya yang ketika itu berada bersama audiens memaklumkan bahawa beliau terdengar ketua UMNO tadi marah2 kepada saya, dia kata "penceramah ni takdok telingo ko? Ore suruh berhenti, tak berhenti" bayangkan kalau saya pengundi di situ, agak2 tertarik kah saya nak mengundi beliau sebagai wakil rakyat???

(8) Orang-orang UMNO pada masa itu ramai yang dah jadi elit yang kejar projek, lost touch dengan denyut nadi rakyat. Saya percaya pada PRU14 yang lalu, sebahagian orang-orang Melayu Islam yang mengundi DAP bukan kerana mereka percaya atau sokong DAP sangat, tetapi kerana mereka meluat melihat perangai sebahagian ahli-ahli dan pemimpin2 UMNO.

(9) Moga2 tempoh 22 bulan di luar kerajaan menjadi pengajaran dan sinar keinsafan berpanjangan buat ahli-ahli dan pemimpin2 UMNO.

(10) Tak perlu nak beretorik lebih2, rakyat sekarang ramai yang dah celik dan cerdik. Yang mana2 ada masalah peribadi, masalah rasuah, salah guna kuasa, moral dsb elok sangat mengundur diri dengan terhormat daripada terus2an menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan.

(11) Cadangan ini bukan hanya untuk mereka yang dari UMNO, bahkan yang dari parti2 lain pun sepatutnya berbuat demikian.

Wallaahu ta'aala a'lam. Sekadar berkongsi sekelumit pengalaman dan meluahkan sedikit cadangan.

SALAM JUMAAT

Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
Mantan Felo Kanan IKSIM 2015 - 2018


Ini adalah coretan spontan saya apabila membaca komen rakan saya

MR :  Tak semua, tak masih ada ramai yang tak sedar/insaf 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Eh..kali ni kutuk amno pulak.

    Selalunya sangat sinis dengan pas

    BalasPadam
  2. Apa yang dibicarakan oleh Mantan Felo Kanan IKSIM 2015 - 2018 ada BENARNYA..memang ada dikalangan Pemimpin UMNO dari Cawangan hingga ke Pemimpin UMNO atasan lupa dengan PERJUANGAN UMNO disebabkan KEMEWAHAN yang boleh diTUAI hasil BERPOLITIK dengan UMNO..walaupun ada sebahagian KECIL dari mereka JUJUR dengan perjuangan UMNO...rakyat sebenarnya dah lama perhatikan MEREKA2 ini...seperti juga halnya kes yang dihadapi DSZH dan DSNR...DSZH sepatutnya berundur dari JAWATAN PRESIDEN UMNO buat sementara waktu sehingga KES dia selesai di MAHKAMAH...banyak lagi PEMIMPIN ATASAN UMNO yang BERKALIBER untuk mengemudi hala tuju UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. minangcampur, kau ni tido ke apa selama ni??? pendakwaan yang dilakukan ke atas dszh dan terutamanya dsnr ada lah bermotifkan politik yang dibuat oleh atuk zaman ph dan kemudiannya diteruskan oleh abah cow zaman pn. dengan penghakiman yang terang2an berat sebelah. abah kau punya kes yang di pejabat agama johor dan jemin video apa cerita????? wake up n smell the coffee please!!!

      Padam
    2. Yang aku cerita TENTANG MARUAH UMNO..hanya minta DSZH berUNDUR buat sementara WAKTU disebabkan KES dia di MAHKAMAH...X pulak minta DSZH @ DSNR keluar dari UMNO...berundur sementara waktu untuk REDAkan PENGHINAAN ke atas UMNO...kenapa plak melalut hingga ke TSMY dan AZMIN serta Parti Bunga..?..X pulak aku cakap TSMY dan AZMIN suci...dalam keadaan kegawatan POLITIK sekarang ni...banyak berlegar dalam rumahtangga UMNO...terpaksa aku ingatkan...ahli akar umbi UMNO dah BOSAN dengan PERMAINAN POLITIK TERHIMPIT UMNO...yang paling UTAMA SEKARANG adalah rakyat biasa yang mengundi UMNO @ BN yang dihimpit masaalah COVID 19 dan EKONOMI yang lembab...rakyat mengundi untuk masa depan yang TERBAIK buat mereka yang kais pagi makan pagi..kais petang makan malam...bukannya nak tengok PUAK ATASAN UMNO BERTEKAK PASAL KEDUDUKKAN dalam KERJAAN PN + MN...utamakan KEBAJIKKAN RAKYAT MARHAEN..BUKANNYA UTAMAKAN PEMIMPIN...PEMIMPIN BOLEH DITUKAR GANTI...UNDI RAKYAT PENENTUNYA...sekarang rakyat PERHATIKAN..pemimpin mana yang boleh menolong mereka dikala COVID 19 dan EKONOMI lembab...

      Padam
  3. Masih ada lg pemimpin umno yg x sedar diri, masih gila kuasa dan yg lbh teruk lg pencacai politik pemimpin tersebut, dgn menggunakan nama besarnya, cuba mengatur langkah politik umno sdgkan dia telahpun dibuang dr MT UMNO. Buat saudara lokman nor adam, org2 umno x perlukan kau dlm politik negara ini dan saf kepimpinan umno dimana2 peringkatpun. Kau liabiliti terbesar umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye lah yang sucinya abah cow, jemin video, hamzah kereta terbang. mereka sahaja lah yang suci dan berkaliber.

      Padam
  4. alih2 ahli umno jugak yang kena mengalah, kena muhasabah. ahli2 lain tak yah ke???

    BalasPadam
  5. Tak habis lagi ego.Manusia bodoh yang kejar pangkat dan kuasa hingga lubang kubur.Meluat aku tengok.Harta negara dianggap seperti harta mereka.Orang tak sokong ditindas.kalu kakitangan kerajaan ditukar atau dihalang naik pangkat.Tak tau beza antara kakitangan kerajaan dengan pekerja parti.Gaji kakitangan kerajaan dibayar gaji dari duit pembayar cukai,bukan duit parti.Belajarlah menghormati orang.Buang angkuh dan sombong tu.

    BalasPadam
  6. Memang betul, semua pemimpin dan parti di Malaysia ni memang gila kuasa, gila harta, pangkat. Tak sedar diri bila berada di puncak kuasa. Cuma parti dan pemimpin yang bertunjangkan Islam, yang memperjuangkan Islam yang betul2 boleh dipercayai. Maka, jika kamu semua mengaku Islam dan sayangkan Islam, buatlah pilihan sebaiknya.

    BalasPadam