Header Ads

ads header

Flash News

MP kerajaan kemuka usul undi percaya terhadap PM kata speaker


Usul undi percaya bagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan dari ahli parlimen belah kerajaan, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Usul percaya, jika dikalahkan, bermaksud Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat .

"Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap perdana menteri, usul itu datang daripada sebelah kerajaan, tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dipetik oleh Utusan Malaysia dalam laporan edisi cetak hari ini.

Tidak jelas siapa yang mengemukakan usul undi percaya itu. PAS sebelum ini pernah mengemukakan usul serupa semasa sidang Parlimen terakhir pada bulan Julai lalu, tetapi ini tidak dibahaskan.

Di bawah aturan mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Sementara itu, Azhar juga mengesahkan Dewan Rakyat telah menerima lebih daripada 16 usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Azhar, bagaimanapun, memberitahu Utusan bahawa “banyak lagi usul penting telah diterima selain meletakkan fokus kepada pembentangan Belanjawan 2021".

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa ahli parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad dan empat anggota parlimen yang berpihak kepadanya telah mengemukakan lima usul seumpama itu.

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga mendesak supaya usul undi tidak percaya dikemukakan.

Speaker dalam sepuck surat bagi menjawab Razaleigh, berkata bahawa urusan bukan kerajaan hanya boleh mengatasi urusan kerajaan sekiranya ia mendapat sokongan daripada seorang menteri.

MR :  Sidang kali pasti gamat 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Usul undi percaya?.. boleh lepas ke.. tak percaya tak lepas.. jd kena ubah undi percaya... intinya undi.. ku li dan nazri tarik sokong terus rebah bersatu.

    Lulus bajet dulu. Usul undi percaya kemudian. Cantik. Tapi rasa sukar usul ni nak lepas.

    BalasPadam
  2. Usul undi tak percaya dr ku li kena lalu takiyuddin. Undi percaya lalu mana? Dulu pas pernah bawak usul undi percaya. Harap takiyuddin bawak dan setuju usul ini. Hahaha kita tengok je.

    BalasPadam
  3. MP kerajaan tu sape? MP bersatu? MP pas? Umno?

    BalasPadam
  4. Harap usul hudud dan ruu355 dibentangkan jgk. Dah lama sgt tangguh ni. Walaun nate bewok pun lupa dah..

    BalasPadam