Header Ads

Header ADS

Muda Malaysia senaraikan 13 pengasas parti


SHAH ALAM -
Parti baharu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) mengumumkan parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengasas itu dibarisi Afiqah Zulkifli, Amir Abd Hadi, Dr Mathen Nair, Dr Thanussha F Xavier, Lim Wei Jiet dan Luqman Long.

Katanya, turut tersenarai Mutalib Uthman, Radzi Tajuddin, Shahrizal Denci, Siti Rahayu Baharin dan Tarmizi Anuwar.

"Mereka ialah wakil parti dan Muda Malaysia menyarankan pihak media agar menghubungi mereka sekiranya ada soalan-soalan berbangkit.

"Muda Malaysia juga digerakkan barisan sukarelawan yang bersama membangunkan siri-siri jelajah dan libat urus melalui kapasiti tidak rasmi," katanya.

Menurut kenyataan itu, apabila Muda Malaysia menerima pendaftaran rasmi, pihaknya akan berusaha mengembangkan keahlian awal supaya menggambarkan kepelbagaian rakyat Malaysia.

"Muda Malaysia boleh dihubungi menerusi e-mel hello@partimuda.my," menurutnya.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu sebelum ini dilaporkan mendaftarkan parti baharunya itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 17 September lalu.

#Sumber :  SH  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Utk orang muda aje. Bila dah lepas umur 40 akan bersara. Parti yg paling tak relevan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.