Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin, Anwar perlu berdamai dan berunding


KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berdamai dan memberikan fokus kepada rundingan agar masalah yang melanda negara dapat diatasi.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, desakan pemimpin pembangkang supaya Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri perlu diketepikan tatkala negara berdepan dengan pelbagai krisis seperti krisis wabak COVID dan krisis ekonomi.

“Di sebalik tuntutan pembangkang yang memohon beliau (Muhyiddin) meletak jawatan, saya fikir buat sementara waktu ketepikan (tuntutan) itu.

“Paling penting sekarang adalah untuk Perdana Menteri memulakan langkah dengan menghubungi pihak tertentu, khususnya Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) untuk berunding bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan bagaimana untuk mendapatkan sokongan.

“Saya percaya langkah itu telah diambil oleh pihak yang dipertanggungjawabkan beliau (Muhyiddin) untuk menghubungi Ahli Parlimen daripada pembangkang bagi memastikan mereka dapat memahami implikasi dan kesan, sekiranya mereka tidak menyokong Belanjawan 2021 (yang akan dibentangkan) nanti,” kata Dr Jeniri kepada Astro AWANI pada Isnin.

Selain itu, Dr Jeniri berkata semua pemimpin politik perlu berjiwa besar serta membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan parti politik masing-masing.

Katanya, politik daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang perlu berfikiran lebih besar dan perlu henti berpolitik supaya negara tidak terjebak dalam kitaran sandiwara politik yang berterusan.

“Sampai bila kita harus berada dalam plot, drama dan sandiwara politik yang memudaratkan rakyat?

“Pemimpin politik daripada kedua-dua blok perlu berfikiran lebih besar dan berjiwa besar serta harus membuat satu keputusan berdasarkan prinsip kearifan dan mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan parti mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan pentingnya ‘kepimpinan melalui teladan’ yang perlu ditonjolkan ahli-ahli politik dalam memastikan negara mampu melangkah ke hadapan.

“Dengan hanya cara itu, kita dapat melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara dan bangsa yang lebih matang.

“Ia harus dibuktikan oleh pemimpin politik juga iaitu bersifat matang dan mengambil keputusan yang matang,” katanya.

#Sumber :  Astro

MR :   Jika berdamai PN memberikan ruang baik kepada Anwar PH, kedudukan ini tidak selesa untuk PRU-15


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. To my opinion Tak perlu semua tu. Teruskan dgn undi Tak percaya. Aku yakin sangat2 Anwar Tak ada majoriti. Mahathir and the geng (warisan) Tak Akan sokong Anwar manakala MP UMNO yg Akan sokong Anwar ialah MP yg Ada kes mahkamah. MP UMNO yg lain tidak ada kepentingan utk menyokong Anwar. TSMY kena yakin yg beliau ada majoriti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dia yakin dah lama dah dia berani.. kene ingat Mahathir juga berdendam dgn Muhyidin.. PKR,DAP, Warisan dan Amanah juga tak akan membiarkan Muhyidin berkuasa kerana kuasa yg ada pada Muhyidin sebenarnya adalah kuasa mereka dulu.. pembangkang hanya perlu 3 undi je dari UMNO utk dapat angka 112.. Kuli, Najib, Tok Mat, Zahid,Ahmad Maslan dah cukup buat Muhyidin tertiarap.. ini bukan soal sokongan pada Anwar.. jgn ingat bila mereka tak sokong Anwar mereka akan sokong Muhyidin.. salah pemikiran tu.. mereka cuma undi tak percaya nak jatuhkan Muhyidin.. bukan undi nak naikkan Anwar.. yg penting utk Muhyidin dan PN dijatuhkan dulu.. lepas tu baru bincang balik siapa pengganti PM.. tak semestinya Anwar jadi PM tapi yg pasti pembangkang dah dapat kuasa dia balik.. itu yg utama.. itulah namanya sistem kerajaan dan pembangkang..

      Padam
  2. Kalau PH nak dapatkan kuasa dia balik aku setuju la. Tapi Tak boleh ke tunggu PRU15. Kalau dah yakin ada mandat rakyat Tak perlu takut rakyat Akan sokong. Apakah keperluan PH utk menjadi kerajaan skrg? Apa yg PH boleh lakukan dlm keadaan skrg. Nothing don't waste your time. Rakyat dah happy dgn kerajaan skrg. PH ambilalih kerajaan next PRU Tak boleh ke. Kalau Tak Gila kuasa boleh je PH tunggu. Tapi PH Tak boleh tunggu sebab kalu melalui PRU confirm kalah. So during pandemic covid ni peluang PH Dan Anwar nak jadi PM. Kalau Tak mimpi je la.

    BalasPadam
  3. Penting utk ambil alih sekarang jika tidak mahu kerosakan terus berlaku krn kredibiliti menteri2 yg ada sekarang tidak ada keupayaan utk selesaikan masalah yg ada sekarang....SOP PKP pun mrk langgar tanpa sebarang tindakan dlm parlimen bagi jawapan bodoh .....

    BalasPadam