Header Ads

Header ADS

Muhyiddin minta Umno perinci syarat baru dengan PN - Ahmad Maslan


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta Umno memperincikan syarat baru mengenai kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.

Langkah itu diambil ketika Umno mendakwa diketepikan dan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, sekali gus boleh menyebabkan kejatuhannya.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, permintaan itu dinyatakan dalam surat Muhyiddin kepada Umno yang dihantar melalui Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin.

"Permintaan tersebut adalah susulan sesi sidang video antara Perdana Menteri dan saya selaku Setiausaha Agung Umno serta Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada petang Rabu lalu.

"Pada sesi berkenaan, sebahagian yang dibincangkan merupakan perkara berkaitan syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis berdasarkan keputusan Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno pada Selasa lalu," katanya dipetik Sinar Harian.

Ahmad yang ditemui pada Majlis Bantuan kepada Mahasiswa bagi Parlimen Pontian di Benut hari ini, juga ditanya apakah syarat baru itu merupakan satu 'ugutan politik'.

"Saya hanya mengemukakan fakta bahawa Barisan Nasional (BN) ada nombor yang menunjukkan jumlah Ahli Parlimen terbanyak iaitu 59 kerusi.

"Syarat baharu dibuat selepas Umno meneliti perkembangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana perlu ada perjanjian bertulis," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Umno tidak berhasrat untuk memfailkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, lapor Harian Metro.

Katanya, desakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah agar undi tidak percaya dibuat terhadap Muhyiddin merupakan tindakan peribadi dan Umno tidak terbabit.

Dia juga menafikan Umno berpecah antara kumpulan yang menyokong Muhyiddin dan kumpulan yang ingin membentuk kerajaan baru dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Tidak timbul isu atau dakwaan bahawa Umno telah berpecah seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya.

MR :  Sepatutnya perkara ini hanya bincang  dalam mesyuarat tertutup 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. UMNO MAKIN GOYAH.
    Pemimpin UMNO semakin gelabah berikutan PAU semakin hampir. Demi utk survival pemimpin korup yg takut kehilangan kroni, penyokong tegar & tidak dapat merasuah perwakilan spt yg telah lalu. Oleh itu cara menutup kelemahan mereka ialah dgn menekan & mengugut kepimpinan negara melalui MN & PN.
    Perpecahan ketara diantara kepimpinan atasan UMNO makin terserlah & sukar di bendung. UMNO akan terus hancur jika masih tidak dapat menerima hakikat yg rakyat telah menolak kepimpinan korup secara total.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini lah contoh cytro parti bunga bangsat perasan kuat. yang goyah, yang kecut pecut dan yang tak tahu malu ialah geng bunga. parti yang langsung tiada kekuatan. ditambah lagi dengan skandal jemin video. parti bunga hampir pasti akan ditolak mentah2 oleh rakyat malaysia.

      Padam
  2. Seperti ade yg tak kena.. pertama kenapa YDPA hanya menyuruh Kuli dtg mengadapnya? Bukankah Zahid presiden UMNO?? Dan kalaulah Zahid terpalit dgn kes mahkamah kenapa tidak Tok Mat sebagai timbalan presiden disuruh mengadap sbb dia orang no 2 dalam UMNO?? Dan rundingan PN bersama UMNO juga seperti ada yg tidak kena.. kenapa Zahid tidak terlibat?? Kenapa Tok Mat tidak terlibat?? Yg kedengaran hanyalah nama2 seperti Annuar Musa, Hamzah Zainudin yg kita ketahui dgn jelas adalah orang2 pro PN.. huhu.. yg pasti majlis raja2 terlibat dalam percaturan dan rundingan ini.. sbb itu Kuli dipanggil mengadap atas kapasiti utk mendapat nasihat. raja2 terlihat secara jelas melibatkan diri dgn politik dan cuba mencatur kerajaan pilihannya sekali lagi selepas berjaya melakukan kali pertama 7 bulan lepas.. huhu.. rundingan ini pasti rumit kerana UMNO ada 50 lebih kerusi.. semua hati mahu dijaga.. 10 berpaling maka runtuhlah PN..

    BalasPadam
  3. Pemimpin2 UMNO yg mempunyai kes mahkamah yg dalam keadaan mengelabah sebab tu kecoh. Kpd akar UMBI UMNO jangan la sokong pemimpin2 yg bermasalah ni. Semuanya menyusahkan rakyat je.

    BalasPadam
  4. Semua dah gelabah. Muhyidin mesti dah dapat arahan dari istana tu. kalu tak mane maunye dia nak berunding dgn umno. Jelas dan nyata istana ade peranan dalam pembentukan kerajaan pn ni. tu pasal istana pun turut gelabah.

    BalasPadam
  5. Kami hanya menyokong UMNO sbb UMNO anti DAP yg walaupun DAP mengaku bukan parti racis ttp perbuatan/tindakan mereka mmg benar² racis...kami rasa selesa dgn kerajaan yg memerintah skrg..ttp sekiranya ada sebhg dr kalangan pemimpin UMNO yg belot dan menyebabkan PH+DAP memerintah kembali..kami rakyat yg sebelum ini sokong UMNO akan boikot utk tidak lg menyokong. Kami minta supaya PAS putuskan hubungan dgn UMNO dan buat kerjasama dgn parti Bersatu...letak calun diseluruh negara pada PRU nnt rakyat ramai pasti sokong. Kami nmpk parti Bersatu ni keluar dr PH sbb PH tak jujur pd rakyat lebih² lg DAP.

    BalasPadam
  6. masa2 covid melanda ini.. jgnlh semua tamakkan kuasa.. bika reda baru bincang. sekarang fikir mcmana nak lonjakkan ekonomi. kedai2 banyak tutup. tuding menuding tak akan bererti. Cakap malaysia negara berdaulat. negara islam.negara berperinsip dn negara menolak fahaman redical.. so Patuhilah Perintah Agong.. jgn cakap saja malaysia tanah melayu tapi membelakangkan Kedaulatan Raja2. Tunggu pru siapa banyak kursi dia jadi PM dn kedua trbanyak akan jadi. timbalan. jadi politik berkarisma.. bukan jadikan rakyat merana akibat ketamakan.. jauhi redical jauhi anasir pengruh luar.. baru aman..

    BalasPadam
  7. Mantap! Umno dan bersatu gaduh, Dap jgk slh!

    BalasPadam
  8. Cukuplah PRN sabah jadi pusat penyebaran covid serantau Malaysia. Nanti2 lah PRU15 tu. Lewat2kan lagi je la. Serabut la Covid2 ni nk PRU2.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.