Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin sedang bincang rombak Kabinet, kata laporan


KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang berbincang mengenai kemungkinan merombak Kabinet dalam usaha menenangkan Umno yang mempertimbangkan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), kata 3 sumber kepada agensi berita Reuters hari ini.

Sumber itu tidak mahu dikenali kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

“Umno sedang berunding dan ini menunjukkan mereka tidak bersedia keluar daripada gabungan PN,” kata 1 sumber.

Terdahulu, FMT melaporkan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Annuar Musa berkata, presiden parti Ahmad Zahid Hamidi sudah bertemu Muhyiddin mengenai “syarat baharu” Umno kerana menyokong kerajaan pimpinan PN.

Annuar tidak memberikan perincian mengenai pertemuan itu tetapi mengatakan perbincangan mengenai syarat baharu Umno sedang berjalan.

Reuters memetik 2 sumber lagi yang berkata, Umno dan PN juga sedang membincangkan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya akan datang.

Tempoh pilihan raya sehingga 2023, tetapi beberapa pimpinan dalam kerajaan mahu ia diadakan awal untuk mendapatkan mandat lebih kuat.

Pejabat Muhyiddin dan Umno masih belum memberi respons terhadap laporan itu, kata Reuters.

Pemimpin Umno baru-baru ini melakukan protes terhadap pengurangan peranan parti itu dalam Kabinet Muhyiddin walaupun merupakan parti terbesar dalam gabungan berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman minggu lalu berkata, seorang ahli Parlimen Umno harus dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta gencatan politik dibuat ketika negara berdepan peningkatan kes Covid-19.

#Sumber : FMT    

MR : Kurang Geng Azmin, cuba sama ratakan antara parti.. kecilkan kabinet   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ntah hapa2 punya PM. Siap blh kena ugut. Baik lg zaman najib dgn Paklah.

    BalasPadam
  2. bagi saya, luahan umno sblm ini ada asasnya. ppbm tikam belakang umno. padahal, ppbm tiada kekuatan pun. hanya menumpang kuasa pm saja. bika tsmy sudi berbincang ,ini sesuatu yg positif untuk PN,, tetapi ianya ibarat racun yg memusnahkan ph,,terbaik tsmy. teruskan usaha mengukuhkan PN.

    BalasPadam