Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin tak boleh cabar keputusan Agong kata Aziz Bari


IPOH -
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak pengisytiharan darurat seperti dicadangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mahkamah.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa pengisytiharan darurat merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, sebarang kajian semula atau perbincangan di dalam mesyuarat Kabinet tentang keputusan itu juga tiada keperluan kerana kerajaan harus akur terhadap titah tersebut.

"Kuasa itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong. Siapa perdana menteri yang nak cabar? Kalau Seri Paduka kata tidak maka tak boleh dicabar malah sudah ada rujukan sebelum ini pada tahun 1968 mengenai pengisytiharan darurat di Sarawak.

"Perdana menteri hanya menasihatkan sahaja, keputusan di tangan Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini pernah ada cubaan untuk dipinda tetapi ditolak. Malah Perkara 150 itu pun tidak ada menyebut perdana menteri dalam peruntukan itu. Tak perlu pun Pejabat Perdana Menteri keluar kenyataan apa-apa," katanya kepada pemberita di Bilik Sidang Media Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Ketua Pembangkang Perak berkata, pihaknya mengambil maklum dan akur dengan titah Seri Paduka supaya ahli politik tidak berpolitik secara keterlaluan serta menumpukan usaha membantu mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, susulan itu juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak akan membawa sebarang usul mahupun memboikot Sidang DUN Perak yang akan berlangsung esok.

Menurutnya, biarpun sebelum ini pihak pembangkang menolak pelantikan Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, namun kesemua ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) berpandangan fungsi DUN perlu diteruskan.

"Kita akur bahawa rakyat di bawah sana memang muak dengan politik jadi kita tidak mengambil sikap seperti itu dan keduanya, kita menghormati institusi dewan dengan tindakan di luar peraturan. Kita masih komited dengan Perlembagaan dan Perintah- Perintah Tetap.

"Lagipun mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung kedudukan Mohammad Zahir sebagai Speaker DUN Perak selepas kita memfailkan pelantikan itu di mahkamah sebelum ini," katanya.

Katanya, DUN merupakan tempat untuk menyuarakan sebarang permasalahan rakyat jadi ia harus digunakan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.

#Sumber : SH 

MR :   Aziz Bari ni kadang-kala tak boleh pakai pebdapat dia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. agong bole saja istihar dharurat tapi keadaan tidak mengizinkan atau memerlukan berbuat demikian, tunggu dulu belanjawan 2021, jika keperluan dan kepentingan negara dan rakyat terjejas agung bole saja atau berhak istihar dharurat, tunggu dan lihat

    BalasPadam
  2. Bila pulak TSMY nak cabar YDPA, ni lah DAP buat cerita yang bukan bukan. Tukang karut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TSMY x sebut pun nk cabar YDPA. Dasar dapig... Suka menghasut nk bg rakyat marah...

      Padam
  3. Aziz Bari ni mabuk ke? Bila masa pulak MY nak cabar keputusan YDPA? Auta lebih la dia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak2 ph ni mmg xsng ddk.. Ada saja hal karut marut... Mmg betul xblh pakai pendapat Aziz bari ni.

      Padam